Select Page

Korang patut try weekend staycation dekat Mercure Living Putrajaya ni!

Actually hotel ni baru mula beroperasi 1 Julai 2022 hari tu selepas ditutup sejak bermulanya PKP 1 pada tahun 2020. Yup betul sebelum ni under Shaftsbury tapi selepas diambil alih oleh Accor, dorang rebranding balik hotel ni menjadi Mercure Living Putrajaya.

Hotel ni merupakan 1st living concept hotel di Malaysia. They are the only Serviced Residence dekat Putrajaya ni. Ada ruang tamu, bilik dengan kelengkapan rumah seperti :

• Penghawa dingin
• Water heater
• Peti sejuk
• Mesin basuh
• Microwave
• Dapur
• Periuk nasi
• Meja makan untuk 4 orang
• Sofa
• TV di ruang tamu dan bilik
• Pinggan mangkuk & cawan
• Periuk dan kuali
• Exhaust fan
• Blower
• Sudu & garfu
• Safe box
• Seterika dan papan seterika
• Plug point with charger
• Sejadah dan arah kiblat
• Tuala
• Toileteries

Kira korang masuk rumah tu memang lengkap la. Bukan setakat tu je, ruangnya juga luas dan juga bersih. Sangat selesa bagi mereka yang menginap bersama keluarga.

Aku diberitahu yang rumah yang aku sewa ni mampu menempatkan sehingga 8 orang dalam satu-satu masa. Korang kena bawa toto sendiri je la. Kami dibekalkan dengan 2 biji bantal setiap orang dan bantal dan tilam dia pun empuk.

Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang harga bilik, menu2, accomodation dan banyak lagi tentang hotel ni boleh terus baca artikel di blog aku kat bawah 😁👇

#BotakTravel #HotelMalaysia #MercureLivingPutrajaya