Serius tau asalnya aku tak tau pun ada kiosk waffle padu kat Restoran Barra, Seksyen 6 Bangi. Aku panggil waffle padu sebab dia bukan macam waffle biasa2 yang aku makan sebelum ni tau. Unik!
Waffle Limited ni ada pelbagai jenis pilihan waffle dan perisa. Belum masuk lagi dia punya cream cheese la, aiskrim, topping dan sos. Aku nak pilih menu pun take time tau haha
So selepas menghabiskan banyak masa untuk buat pilihan, akhirnya aku pesan :
Biscoff Waffles Ice Cream (RM13)
Biscoff With Cream Cheese (RM13)
Cinnamon Cream Cheese (RM8)
Oreo Cookies & Cream (RM9)
Personally aku sukakan Cinnamon Cream Cheese walaupun anak aku tak suka. Sebab rasa cinnamon tu kuat dan sedap dimakan bersama waffle tu. Rasanya macam ko makan churros cinnamon
Cream cheese tu plak sejuk2 perghh memang syahdu la
Then untuk jenis oreo plak, oreo dibancuh sekali dengan bancuhan waffle tu. So waffle tu sendiri dah rasa oreo. Then dia akan letak cream cheese sejuk dan topping dengan sos coklat plak. Anak2 mesti suka yang ni. Jangan kata anak2, wife aku pun suka
Dan satu lagi menu yang aku rasa korang memang kena cuba bila ke sini iaitu Biscoff Series. Tak kisahlah cream cheese atau ice cream. Dua2 sama sedap. Kalau Biscoff Waffles Ice Cream, waffle di potong kecil2 dan dimakan di dalam cawan bersama aiskrim Vanilla.
Topping dia sos Biscoff. Perghh terbaik bak hang!
Yang ni kami bertiga recommend
Untuk rasa makanan kat sini memang sedikit manis. Tapi kalau tak manis pun tak sedap gak sebab dia kind of desserts. Bawa je air mineral siap2 haha. Yang penting, saiz waffles dia besar. Untuk satu menu tu kami boleh makan bertiga. Tak pun kalau korang nak cuba, boleh beli dua tiga jenis, makan lah ramai2
Actually Waffle Limited ni ada beberapa cawangan lain tau. Bukan kat Restoran BARRA Bangi je
Lokasi 1:
Waffle Limited @ Restoran BARRA Bangi
Waktu operasi : 3.00PM -10.30PM
(Buka setiap hari kecuali Selasa)
Lokasi 2:
Waffle Limited @ PUJ 3 Restoran Selera Pantai timur
Google Maps : https://maps.app.goo.gl/eyoKDzB3S6aoGiBi9
Waktu operasi : 11.00AM – 6.30PM
(Buka setiap hari kecuali Selasa)
Lokasi 3:
Waffle Limited @ D-1-4, Apartment Putra Permai Selesa, Seri Kembangan
Google Maps : https://maps.app.goo.gl/YFzuXefAkxD1daDq9
Dorang pun ada buat delivery guna Foodpanda dan Lalamove. Korang boleh search ‘WAFFLE LIMITED’ ye.
Untuk pertanyaan lanjut, korang boleh la wasap puan Zalikha Bahari ye
Lokasi:
Waffle Limited
RESTORAN BARRA BANGI,
Seksyen 6 Bandar Baru Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Goole Maps:
Waktu Operasi:
Buka setiap hari KECUALI SELASA
Dari pukul 3.00PM hingga 10.30PM