Select Page

Sempena Pesta Kopi Bangi yang akan diadakan pada 17 – 19 Disember 2021 ini, satu acara sampingan iaitu Virtual Fun Run akan diadakan bagi memeriahkan lagi acara ini. Terbuka kepada semua, anda boleh sertai dan mulakan larian pada waktu yang ditetapkan

Terma dan Syarat untuk Virtual Fun Run Pesta Kopi Bangi

  • 1. Terbuka kepada semua lapisan umur di Malaysia.
  • 2. Semua bayaran dibuat tidak akan dikembalikan dan tiada bayaran balik atau pemulangan barang.
  • 3. Peserta harus melengkapkan 10 000 langkah atau 8km dan buktikan melalui screenshot dan dihantar melalui google form.
  • 4. Penganjur akan menyerahkan/mengepos kit peserta larian seperti alamat yang telah dinyatakan di borang pendaftaran.
  • 5. Tiada pertukaran saiz baju dibenarkan selepas penghantaran borang pendaftaran.
  • 6. Semua peserta bertanggungjawab sepenuhnya untuk keselamatan diri semasa aktiviti berlangsung. Penganjur tidak akan bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kecederaan sepanjang menjalankan aktiviti ini.
  • 7. Adalah tanggungjawab setiap peserta untuk memastikan bahawa mereka cergas dan sihat untuk menyertai larian.
  • 8. Jika terdapat sebarang persoalan, sila hubungi kami di whatsapp admin (011 5785 2050)

TARIKH-TARIKH PENTING

Pendaftaran Program : 10 – 13 Disember 2021
Tempoh Larian : 14 – 16 Disember 2021
Penebusan Kit Larian (Self Pick-Up) : 18 – 19 Disember 2021

Bagi pendaftaran anda boleh klik ke pautan ini

Jemput beramai ramai untuk sertainya