Semalam petang hujan kemain lebat. Perut plak lapar mintak diisi. Memang nak kena cari makanan ni. Skrol punya skrol timeline FB nampak plak posting kat Farmgrill House. Sekali lalu Lamb Pasta daa. Kecur terus air liur aku
Kalau korang nak tau, pasta kat Farmgrill House ni antara yg terbaik pernah aku rasa. Then, bestnya dia ada pasta combo ngan kambing dan salmon
Antara pasta-pasta yang boleh korang cuba adalah seperti :
Grilled Salmon Pasta (RM29)
Grilled Lamb Pasta (RM20)
Seafood Aglio Olio (RM16)
Carbonara (RM15)
Bolognaisse (RM15)

Kalau nak try nasi goreng syahdu boleh tekan link ni
Puas hati bhai. Dia punya lamb ngan Salmon tebal. Macam Grilled Lamb Pasta tu, dia bagi 2 slice lamb grilled tau
Then, kuah perapan dia memang terbaik. Salmon dia pun fresh dan pejal. Kalau korang amik Seafood Aglio Olio, mewah ngan udang dan sotong besar2. Makan panas2 time cuaca sejuk hujan kat luar. Perghh syahduu
Actually dorang baru start niaga balik 1 Ogos 2021 hari tu sebab dorang terpaksa hentikan operasi sepanjang PKP. Daripada 15 orang staf, hanya tinggal 2 org chef je yg masih stay. Yang lainnya terpaksa berhenti dan cari kerja lain. Sekurang-kurangnya dengan run ni boleh la bantu utk bayar gaji 2 orang stafnya tu

Kalau korang nak tahu, dah macam macam rancangan pernah rasa makanan dekat Farmgrill ni tau, yang mana antaranya adalah rancangan Jalan-Jalan Cari Makan tu sendiri. Kalau nak tahu rancangan apa lagi yang pernah try, korang tengok poster dekat atas ni. Ya Allah, aku yang menaip semula nak cerita pasal kedai ni pun dah meleleh air liur bila tengok gambar ni.
Kot la klu korang teringin nak makan pasta hari ni, boleh la order ngan Tuan Suhaimi Mohd ye
Dorang pun ada buat delivery tau
http://www.wasap.my/+60123701942/nakpasta
Lokasi: FarmGrill House (setentang Restoran Red Wok)
Google Maps: https://maps.app.goo.gl/Y8QZMNxbaDUyScQEA
Waktu Operasi: 1 tghari – 9.30 malam
#BotakMakan #foodreview #kitasupportkita