Select Page

Korang tau tak yang Tumez ada set ikan bakar gak?

Tapi set ikan bakar ni hanya ada di cawangan Tumez Cyberjaya je la. Lokasinya di Reka Scape, setentang Dash Box dan Magic.

Tumez

menu makan tengahari mz restaurant ecohill

Ikan bakar dorang simple je. Dibakar ngan kunyit dan garam. Yang buatkan dia jadi sedap sebab sambal dan kuah lemak cili api dia. Sambal dia dah la pedas, pastu kena plak ngan kuah masak lemak cili api dia.

Perghh berdesing mat 😍😅

Tumez

hukum hantar makanan non halal

Yang aku order tu Set Dulang Family berharga RM130 (4 pax). Dalam set ni ada :

• Ikan Siakap Bakar
• Ikan Cencaru Bakar
• Sotong Bakar
• Udang Bakar (6 ekor)
• Signature Kuah Masak Lemak Cili Api
• Signature Sambal Belado
• Sambal Petai dan Kicap Tumez
• Nasi putih 4 pax
• Air free flow
• Ulam ulaman

Tumez

kerap lapar dan punca cepat lapar?

Then aku pesan menu2 lain antaranya :

• Daging Salai Masak Lemak Cili Api (RM12)
• Ketam Masak Lemak Cili Api (1 ekor) (RM22)
• Bawal Emas Bakar (RM35)

Tumez

kiraan minggu kehamilan yang perlu anda tahu!

Total bill aku hari tu RM199 untuk 8 orang makan. Pada aku murah lagi untuk menu2 ikan bakar dan seafood macam ni. Seafood dia pun fresh, ikan bakar juicy dan tak kering. Air free flow. Recommended! 😍

Parkir banyak, tandas bersih, kawasan luas, bersih dan open air. Makan santai2 ngan family sambil layan view menghijau depan kedai.

Perghh syahdu mat 😍

Tumez

resipi siakap 3 rasa paling mudah

Sempena Ramadhan yang akan datang nanti, korang boleh la buat tempahan awal berbuka puasa kat sini nanti. Untuk sebarang tempahan atau event berbuka puasa nanti boleh la wasap nombor di bawah ni ye 😁👇

www.wasap.my/601159633317/nakbooking

Lokasi Kedai:
Tumez @ Cyberjaya
Reka Scape
Persiaran Apec, Cyber 8,
63000 Cyberjaya, Selangor

Google Maps:
https://maps.app.goo.gl/ZjiHMdfTe9w2pdTC6

Waktu Operasi:

Buka setiap hari kecuali Ahad
Dari 4.30AM hingga 10.30PM
Sabtu 11.30AM hingga 10.30PM