Cuti sekolah ini sudah pasti ibu bapa sedang merancang percutian yang bermanfaat kepada anak anak. Antara lokasi yang mungkin akan menjadi tumpuan orang adalah PETROSAINS KLCC. Selain anak anak dapat belajar mengenai sains secara teori dan praktikal, Petrosains KLCC juga banyak menyediakan aktiviti sesuai untuk keluar.
Jika anda dari Bangi, ini tips yang dikongsi oleh DD Wingz bagaimana untuk kesana
1. tiket online memang susah nak dapat.. cuti sekolah tiket online tentu dah sold out.
2. boleh walk in.. ada quota tiket walk in secara harian. macam harini saya sampai KLCC pukul 10.30pagi. slot yang available 12.30pm.
3. sementara nak tunggu slot, boleh jalan jalan dekat taman KLCC.
4. harga tiket petrosains : warganegara kanak kanak rm7.50: dewasa rm18.50 . Dewasa perlu tunjuk MyCard.
5. tempat ni besar ye.. dan ada pelbagai perkongsian sains. anak anak serta penjaga boleh buat aktiviti bersama. aktiviti simulator kereta F1 hanya untuk dewasa atau mereka yang mempunyai ketinggian melebihi 1.4meter.. all aktiviti memang fun habis.
6. beli 1 day pass di station mrt. One day pass berharga rm5 sahaja..one day pass boleh menghubungkan anda dengan mana mana mrt / lrt dan monorail. had penggunaan sehingga jam 11 malam.
7. kalau anda dari bangi / kajang / semenyih.. berhenti di pasar seni, tukar dari naiki mrt kepada putra lrt dan berhenti ke KLCC.
8. boleh menaiki lift / escalator ke tingkat 4.
9. harga makanan di petrosains.. bagi saya agak munasabah.. sebekas bihun / mee / nasi lemak dengan telur mata pada harga rm6.50.
10. anak anak anda pasti suka.. selain aktiviti sains .. ada juga pameran dinosour sebelum exit dari petrosains
selamat bercuti sekolah adik adik.
Dah baca tips ni, apa lagi jom kita warga Bangi serbu Petrosains KLCC beramai ramai dengan kawan kawan mahupun dengan keluarga tersayang.