MAHA 2022 akan membuka tirainya pada hari ini 4 Ogos sehingga 14 Ogos. Acara 11 hari ini sudah pasti acara dinanti nantikan oleh peniaga terutamanya di dalam bidang pertanian dan makanan kerana setiap tahun ratusan ribu akan datang mengunjung. Tahun ini sahaja penganjur menjangkakan seramai 100 ribu pengunjung setiap hari
.
Jom kita baca Tips yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia ini untuk memudahkan anda kesana.
.
Pakai flat shoes/sport shoes/sandal. No high heels please. Kesian tengok adik2 yg pakai kasut tinggi day 1.
.
Bawa payung.
.
Kalau bawa anak kecik bawa carrier/stroller.
.
Kene ready mental dan fizikal untuk berjalan skit.
.
.
Macam tak sesuai nak bawa mak ayah yg dah tua bertongkat berjalan di MAHA. Kesian tengok. Tapi jika ada kerusi roda ok.
.
Makanan dan air banyak dijual. Tak payah bawa bekal.
.
Bawa baby wipes kot emergency anak poopoo dan ada toilet air perlahan.
.
Bagi muslimah, Bawa telekung sendiri senang. Telekung sangat limited dan orang ramai.
.
Make sure hari yang plan untuk ke MAHA tiada plan lain selepas tu. Biar sehari suntuk di sana so takde la rushing². Boleh jalan dan rehat di mana². Jalan lagi & makan pula..solat, baru balik..
.
. Kalau rasa nak shopping byk, nak beli pokok ke..etc..bawa troli siap2. Troli or bakul pasar pun ok.
.
Jgn segan makan tester. Alang² dah kat MAHA2022..rasa je tester yg usahawan bg.
.
Parking for visitor RM5. bayar di pintu masuk guna TOUCH N GO.
.
Kalau nak beli makanan² dulu, boleh park dan masuk dari pintu yang dekat hospital Serdang. Tapi kalau nk beli pokok² dan jalan² ke Laman Florikultur, Laman Perikanan, Laman Ternakan, parking di pintu besar highway dari Puchong menghala ke bangi tu.
.
Trem selalu penuh. Kalau rasa tak larat jalan..park yg hujung² parking lot. So di trem nanti kita nak naik ada la tempat duduk. Kalau park depan².. trem penuh..depa bye² je kita nanti. Jalan kaki jauh sikit pun takper boleh sihatkan badan.
.
Pakai mask dan kerap sanitize tangan. Jika demam, batuk & selsema duduk rumah dulu.
.
.
Datang awal pagi pun takpe. 9am dah siap parking. Nanti pi pun dengan hati tenang.
.
Bawa beg besar skit. So barang² dibeli boleh sumbat dlm 1 beg. Tp ade trolley lagi bagus.
.
Make sure anak² dalam pengawasan kita.
.
Mana² anak² kecil yang jenis kencing tak boleh tahan, elok dipakaikan pampers. Takut nak ke toilet nanti jauh skit nk jalan. Terkucil pula.