Haa nak tahu tips datang kenduri kopi Bangi? kalau anda semua nak tahu, Kenduri Kopi Bangi ni bukan calang-calang acara ye.
Bukan hanya anda sebagai vendor menjual dan pengunjung datang membeli, tetapi sebenarnya ia lebih daripada itu.
1. Niat
Semoleknya, anda boleh mempunyai niat tertentu untuk ke sana. Sebagai contoh, pengunjung boleh berniat untuk hadir bagi mendapatkan ilmu perniagaan atau memerhatikan konsep-konsep perniagaan kopi yang dipamerkan para vendor selain merasai kepelbagaian kopi.
Selain itu, para vendor pula boleh berniat untuk mendapatkan kenalan dan pelanggan tetap baru yang akan membantu mengembankan perniagaan sedia ada. Hal ini sekaligus dapat menjamin layanan terbaik yang bakal diberikan kepada para pengunjung yang juga menjadikan pengunjung berpuas hati dengan program ini.
2. Bawa duit banyak
Sebelum anda ke sana, admin bagitahu awal-awal ye sediakan duit poket yang cukup sebab pasti anda semua terliur tengok setiap kopi yang dijual.
Tetapi anda tidak perlu risau kerana kebanyakan vendor di sana mempunyai QR code yang membolehkan anda untuk membuat bayaran tanpa tunai. Tak perlu simpan cash banyak-banyak pun tak apa.
3. Bawa family atau kawan
Jangan lupa bawa family atau kawan-kawan sekali ye kalau ke sana. Bak kata orang, lagi ramai lagi bagus. Jadi, kalau anda teringin untuk rasa kesemua jenis kopi yang terjual, anda boleh cadangkan kepada kawan-kawan untuk membeli setiap jenama yang berbeza. Jadi, boleh rasa sedikit setiap satu air mereka. Ha, jimat kan?
4. Cheat day
Ha, ini benda paling penting!
Pastikan anda dah lock date khas untuk Kenduri Kopi Bangi ni, which means, no diet aka cheat day!
Macam mana nak minum kopikan kalau anda tengah diet?
So, khas kan antara tarikh 27, 28 dan 29 Mei ini untuk korang manjakan diri dengan menikmati aroma rasa kopi yang mengiurkan dan menjamu pelbagai jenis makanan lain yang tersedia di Kenduri Kopi Bangi ini.
5. Ambil kad owner
Kalau ada kesempatan, anda boleh meminta kad atau nombor telefon serta media sosial milik kedai dan owner kedai supaya dapat dihubungi di kemudian hari.
Mana tahu, satu hari nanti anda terfikir untuk mengambil peluang dalam dunia keusahawanan?
Haa, anda boleh bermula di bawah salah seorang vendor sebagai agen atau stokis.
Ha jadi jelas tak dengan tips datang kenduri kopi Bangi dan apa yang ingin kami sampaikan?
Program bukan hanya sekadar proram membeli dan menjual, tetapi lebiha daripada itu.
Jangan lupa untuk tangkap dan rakam seberpaa banyak gambar dan video sebagai kenangan sempena Kenduri Kopi Bangi ini.
Tag kami juga ye jika post!
Untuk sebarang info terkini mengenai Kenduri Kopi Bangi, boleh rujuk pada link di bawah ye.
Anda juga mungkin meminati: BBBC Kembali Meraikan Peminat Kopi