No wonder la tak ramai yang tau pasal menu western restoran The Sumbs ni. Rupa-rupanya dorang baru je 2 bulan buka outlet kat Bangi. Actually The Sumbs ni famous kat Shah Alam since 2013 tau tapi sepanjang PKP lalu outlet kat Shah Alam terpaksa ditutup tapi akan memulakan kembali operasi mereka tak lama lagi insyaAllah.
By the way kalau korang peminat menu2 fusion, memang aku recommend korang cuba menu2 western yang ada kat The Sumbs ni. Uniknya kat sini semua hidangan disajikan di dalam kotak tau
Macam Sumbs Spicy Pasta, ia merupakan pasta yang digoreng pedas bersama daging dendeng. Nasi Goreng Milanese plak kind of Nasi Goreng Chicken Chop tapi menggunakan creamy capers sauce.
Dia punya Dendeng Daging Sandwich sedap dan kalau korang peminat Mee Rebus, aku suggest korang amik Mee Rebus Johor Special ni. Ada kombinasi filet ayam (ayam gunting), sotong dan paru. Kuah puan pekat. Padu! Selebihnya korang boleh tengok details pada gambar menu yang aku attached ye
Setiap hari ada hidangan AISKRIM PERCUMA untuk kanak2 sewaktu dine in dan AIR PERCUMA untuk mereka yang datang makan waktu lunch hour dari pukul 12TGH hingga 2PM on weekdays. Bukan setakat menu2 berat je, malah kudap kudapan ringan dan desserts macam rojak, kuih muih, panna cotta, churros pun dorang ada gak.
Mak abah aku suka mean menu2 kat sini memang sesuai la untuk golongan2 tua dan mereka yang dah berusia kan? Siap ajak repeat bawak adik beradik lain plak tu haha
So dorang pun ada buat delivery thru Foodpanda, HALO, Grabfood dan Lalamove.
Apa2 korang boleh wasap nombor di bawah ni ye
www.wasap.my/+60172888658/nakorder
Lokasi:
the Sumbs
33, Jalan 8/35, Seri Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Google Maps:
https://maps.app.goo.gl/aArT9MdaSStFDA9LA
Waktu operasi:
Buka setiap hari kecuali Jumaat
Dari pukul 12TGH hingga 10PM
Aiskrim PERCUMA untuk kids (dine in)
Air PERCUMA weekdays (12TGH – 2PM)
Anda juga mungkin meminati: Atris Mr. Takoyaki