Select Page

Nak tahu tak kat mana port burger power kat Bangi ni?

Owner cafe ni bagitau student2 UKM tak nak share cafe dia kat kawan2 dorang. Sebab takut port dorang lepak viral haha. Maaf la dik dah dapat kat abang ni memang abang canang satu Bangi ngan Kajang 😂

Kompom korang pun tak tau kan kat belakang KIPMALL Bangi ada port burger power yang hipster padu 😍

 Ada 16 jenis burger yang boleh korang cuba kat sini.
👉10 pilihan burger daging
👉5 pilihan burger ayam
👉1 burger seafood

ikan bakar madhani tomyam

Bestnya dari roti, patty dan sos semuanya home made, dorang buat sendiri tau 😍👍

Bukan setakat burger je, malah ada pilihan menu lain gak seperti :
👉Buttermilk Chicken Rice
👉Ayam Gepuk Rice
👉Hotdog
👉Milkshake

Yang aku makan tu set Baconator with drinks & fries (RM29) dan set Cheesy Burger (RM27). Dalam Cheesy Burger tu ada Mac & Cheese 😂😍👍

food truck PKNS Bangi

Kepada yang nak berjimat, boleh try menu bajet dorang gak :
👉RM14 gourmet burger
👉RM12 jumbo hotdog
👉RM12 set nasi buttermilk chicken
👉RM12 Milkshake

Kena datang banyak kali ni baru boleh cover burger2 kat sini haha. By the way kalau korang DINE-IN & TAKE AWAY, na korang akan dapat Gift Vouchers tau 😍

Kalau nak lagi murah korang datang lunch hour. Kalau tak silap aku ada PROMO MENU time tu.

Aku bagitau siap2 cafe ni kecil je, staf pun tak ramai. Kalau korang dah nampak orang ramai tu, so better korang datang je next time. Waktu kurang orang around 3PM hingga 5PM.

Dorang pun ada buat delivery gak. Apa2 korang wasap je puan Atiqah Ahmad ye 👇

Lokasi kedai:

Lot 503, Jalan Seksyen 1/16,
Jalan Medan Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor
Waktu operasi
Buka setiap hari kecuali Isnin
Dari pukul 12TGH hingga 10PM
P/s : 4.9⭐ rate dia kat Google 😍👍