Select Page

Aku ni nak kata hundred percent tekak melayu pun tak juga sebab ada jugak beberapa makanan yang boleh aku telan walaupun bukan masakan melayu macam spagethi ni.  Tapi itulah, memilih juga kalau diajak makan ke tempat-tempat yang jarang aku pergi ni.

Bukan apa, kita ni dah biasa dari kecil makan masakan rumah, masakan kampung, tup tup bila dah besar ni, mula lah member member ajak food hunting. Haa time tu lah dapat discover makanan makanan baru. Siapa yang macam ni juga?

Ada juga lah beberapa kali kawan ajak untuk makan spagethi dekat restoran-restoran yang eksklusif tapi hakikatnya, tak berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Sebab tu jugak lah aku kurang nak makan dekat tempat-tempat makanan eksklusif macam ni. Sampai lah satu hari, aku jumpa tiktok Safari Stall yang kongsikan pasal Spagethi Carbonara Italy Meayu. Dengar nama saja pun dah unik, apa lagi kalau rasa makanannya kan?

Walaupun mula-mula aku macam tak berapa nak yakin tapi sebabkan nama menu tu “Spagethi Italy Melayu, jadi aku expect macam kedai ni tawarkan resipi Italy, yang kena dengan tekak melayu. Haa kena sangat lah dengan taste aku yang sukakan makanan melayu. Korang tak rasa macam tu ke?

Lepas beli, surprisingly memang sedap betul spagethi dia. Dan pada saat tu aku dah tahu, yang aku akan repeat kedai ni setiap kali aku teringin nak makan spagethi. Korang pun patut cuba menu ni and kongsikan juga dengan family yang lain.

Sebenarnya, bukan spagethi sahaja yang dijual di sini tapi ada banyak lagi yang korang kena tahu. Untuk spagethi saja dah ada 3 jenis, termasuklah spαgethi aglio olio, carbonara dan juga bolognese.  Ini antara senarai menu untuk spagethi aglio olio.

a) Spagethi Aglio Olio

  • Aglio Olio Chicken Slice – RM 8
  • Aglio Olio Seafood – RM 12
  • Aglio Olio Dory Grilled – RM 14
  • Aglio Olio Chicken Hot Crispy – RM 10
  • Aglio Olio Chicken Chop Grilled – RM 12
  • Aglio Olio Chicken Chop Crispy – RM 12
  • Aglio Olio Green Chillies Popcorn – RM 12
  • Aglio Olio Salted Egg Popcorn – RM 12
  • Aglio Olio Buttermilk Popcorn – RM 12

b) Spagethi Carbonara

  • Spαgethi Carbonara – RM 6
  • Spαgethi Carbonara + 2 meatball – RM 9
  • Spαgethi Carbonara + 4 Meatball – RM 11
  • Spαgethi Carbonara Shimp Creamy – RM 12
  • Spαgethi Carbonara Special Tiktok – RM 15

 

c) Spagethi Bolognese

  • Spαgethi Bolognese – RM 6
  • Spαgethi Bolognese + 2 Meatball – RM 9
  • Spαgethi Bolognese + 4 Meatball – RM 11
  • Spαgethi Bolognese Chicken Chop Grilled  – RM 12

 

Selain spagethi ni, ada macam macam lagi menu yang ada termasuklah Syukor Burger, Ayam Goreng Muiz dan juga Kopi Tanak. Kalau korang tengok memang banyak jenama syarikat SME yang dijual dekat sini sebab selari dengan konsep kedai diorang yang nak cuba kumpul dan kembangkan syarikat syarikat kecil ni.

So kalau korang nak support sekali, boleh terus pergi kedai ni. Makanan semua gerenti sedap weh. Bak kata orang putih, ‘creamy, delicious, tasty, marvelous!’. Dah beli, jangan lupa tag diorang dekat facebook @SafariStall.

Lokasi:
Italy Melayu Teras Jernang
24, Jalan Teras,
Kampung Teras Jernang,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.
(Landmark: D’ Asria Ikan Bakar Portugis)

Waktu operasi:
Buka setiap hari kecuali Isnin
Dari pukul 12 pm hingga 8 pm

Anda juga mungkin meminati: Kopi Cedok Bangi