Waktu tengah hari selalu korang makan dekat mana? Aku yakin, korang mesti asyik makan tempat yang sama je kan? Sebab tak ada idea dah nak cari tempat yang best best?
Okay, aku ada satu idea! Apa kata korang try kedai Moknab Nasi Kukus Daun Pisang ni.
Mula mula aku singgah kedai ni, tak ramai orang sangat tau. Setakat penuh meja keliling je lah, belum sampai tahap beratur sampai keluar kedai lagi.
So masuk kedai tu terus beratur dekat sebelah kanan pintu masuk. Dari situ, kita dah boleh tengok macam macam jenis lauk yang ada and semuanya nampak mengiurkan weh! Hampir meleleh juga lah air liur aku tenung makanan makanan tu, nasib baik abang kedai dah tegur, “ye kak, nak order apa tu ye?” Hahaha belum sempat meleleh lagi.
Terus aku request nak nasi kukus ayam berempah untuk 2 orang. Yang bestnya, dekat kedai ni, korang request lah bahagian apa yang korang nak, dada ke peha ke, kepak ke, semua diorang akan bagi. So makin berselera lah kita makan.
Elok je dapat makanan, aku toleh lah belakang, beratur panjang weh sampai keluar. Nasib baik awal sikit je. So, korang kalau nak pergi, elok lah awal sikit atau lambat sikit dari waktu lunch tu.
Berbalik kepada makanan diorang, nasi kukus dia surprisingly, memang sedap tau. Kuah kari diorang cukup rasa lemak, tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Just nice bila pekena dengan nasi kukus tu. Kaki ayam pun diorang bagi banyak kalau korang request.
Selain nasi kukus, ada banyak lagi menu yang jadi pilihan, antaranya nasi kerabu. Nasi kerabu kedai moknab ni antara kedai yang banyak dapat positive review sebab katanya memang rasa asli kelantan. Isi sambal kelapa, sambal lada, solok lada, keropok ikan semuanya penuh satu pinggan. Tak ada istilah kedekut lah orang kata. Memang puas hati. Walaupun datang dari jauh semata mata nak makan dekat kedai Moknab ni pun, tak kan rasa menyesal punya.
Okay bila makan ni, mesti nak kena ada minuman yang best best kan?
So dekat sini sama je macam kedai makan biasa, yang ada semua jenis minuman tapi main minuman diorang adalah teh ais madu dan juga teh hijau.
2 jenis air ni memang bukan biasa biasa tau! Cawan diorang besar dan tinggi and rasa dia memang padu habis lah. Manis dia memang cukup rasa! Buih yang penuh atas cawan tu, menunjukkan kepekatan rasa air teh tu memang memukau weh. Korang memang kena cuba.
So, apa apa pun korang memang kena cuba moknab nasi kukus ni.
Tak cuba, tak tahu. Tak tahu, rugi lah korang. Kedai ni memang sedap, hari hari ramai orang. So apa apa, korang boleh search lokasi kat bawah ataupun terus tekan link google maps ni.
Lokasi:
Moknab Nasi Kukus Daun Pisang Bangi,
Ground Floor, Jalan Medan PB1A, Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Google Maps: https://goo.gl/maps/GEPadwrW44TyXBXQ6
Waktu operasi:
Buka setiap hari bermula pukul 8 am hingga 5 pm.