Select Page

Menghampiri 2022 tinggal beberapa jam sahaja lagi ini, kami mahu kongsikan 6 Trivia menarik di Bandar Baru Bangi terutama yang sudah lama tinggal disini zaman 70-80an lagi. Trivia ini dikongsikan oleh En Muhamad Nasron, taukey belon pemilik kedai Glotex kedai yang menjual belon dan alat kelengkapan majlis.

 

Beli belah sambil makan makan

 

  1. penduduk Bangi dulunya pekat dengan loghat Nogori/Minang.
  2. Fasa dan Jalan adalah istilah ganti kepada Seksyen
  3. Jalan lurus kat flat UKM fasa 1 bertentang Jalan 6 adalah laluan racing motor.
  4. Nak gi KL dedulu naik bas ekon, nama Shuttle Bus, warna putih cermin gelap. Stop kat bangunan Kotaraya.
  5. Roundabout seksyen 7 tu sunyi gelap ramai orang eksiden
  6. Jalan reko tu dulu tak lurus mcm sekarang. Dari UKM nak gi Pekan Kajang mau muntah naik kereta sebab byk konarĀ² masa kecik dulu.

berkenalan dengan taukey belon disini

 

 

Menarikkan?
Jika lihat di post asal disini ramai yang kongsikan nostalgia Bandar Baru Bangi. Sesuatu yang seronok untuk di imbas kembali sebelum kita menuju ke tahun baru
Selamat tahun baru kami ucapkan kepada anda semua. Semoga tahun baru ini menjadikan kita lebih baik daripada tahun sebelumnya. Kami disini sentiasa ada untuk terus menyokong komuniti ini menjadi komuniti yang sihat dan positive dalam segala aspek
Jumpa lagi di tahun hadapan, sayonara!