Select Page
Actually Kopi Treat ni terletak di Jalan Medan Pusat Bandar 8A, Seksyen 8 Bangi. Aku pernah pergi sebelum ni. Masa tu dorang baru je buka. Tapi baru2 ni aku datang balik, humangaih lain benor rupanya 😍
Dorang dah setup jadi cafe dah. Nampak kemas dan cantik interiornya. Selesa la kiranya. Korang bukan setakat boleh ngopi2 je kat situ, malah boleh makan2 jugak 😍
Antara menu2 yang boleh korang cuba di situ antaranya :
👉 Nasi Lemk Biasa / Ayam
👉 Beef Lasagna
👉 Japanese Creampuff
👉 Garlic Creamcheese Bun
👉 Walnut Cinnamon Roll
👉 Tornado Cake
👉 Cheesecake
👉 Savory Danish
👉 dan banyak lagi
Kopi Treat ni berkongsi kedai ngan Hanna Petals. Ada pelbagai variasi kopi yg boleh korang cuba. Sebelum ni aku dah try Mocha Frappes, Caramel Machiato dan Dolce Latte. Then baru2 ni aku try plak Biscoff Frappes, Chocolate Frappes dan Caramel Macchiato dia 😍
Sedap rasa dia. Aku suka Biscoff dan Chocolate Frappes dia tu. Rasa dia tu tak heavy tapi pekat. Then tak manis sangat. Harga pun sangat affordable 😍
Beef Lasagna dan Nasi Lemak dia pun sedap. Korang try la sendiri kalau ke sana nanti. Lepak pepetang ngopi2 dulu lepas balik kerja kan 😍👍
Kot la korang lalu sana, nak pekena kopi2 kaw kat sini boleh la singgah cafe Kopi Treat ni ye.
Dorang pun ada buat delivery jugak tau 😁👇
Lokasi:
7-53, 01, Jln Medan Pusat Bandar 8A,
Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor
Google Maps:
Waktu Operasi:
Buka setiap hari
Dari 10.30AM hingga 6.30PM
Anda juga mungkin meminati: Lubuk asam pedas claypot padu