Select Page

Aku tak pasti korang aware atau tak tapi lokasi yang aku nak kongsikan hari ni memang sesuai dijadikan port moreh lepas terawih. Serius! Sebab kat sini ada menu udang galah celup tepung 😍

Kiosk Udang Galah Celup Tepung ni terletak di foodcourt Laman Lapan, Ayer @ 8 Putrajaya. Betul2 berhadapan dengan Tasik Putrajaya dan Masjid Besi (Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin) Putrajaya. Kiranya habis je terawih nanti boleh la pakat2 moreh kat sini.

Menariknya udang galah celup tepung dia murah. RM15 untuk 12 ekor udang 😍 Bukan setakat udang galah je, ada gak ikan pelaling, baby crab, siput buluh (pepahat) dan sotong. Dia punya sos cicahan pun syahdu 😍

Harga dan set celup tepung
•Set A RM13.25 (udang biasa)
•Set B RM15.25 (udang galah)
•Set C RM20.25 (udang galah + ikan)
•Set D RM11.25 (ikan/sotong/baby crab)

•Set Mak Tok (RM39.80)
•Set Tok Ki (RM33.70)
•Set Tok Bah (RM29.60)

Nak makanan yang lebih berat? Dorang ada Mee Kari Udang Galah, Laksa Ikan Seekor atau rojak buah sebagai pencuci mulut. Dia ada jual by set gak. Best lepak kat situ memalam. Kadang2 Jumaat petang onwards, owner kedai siap sediakan tikar untuk para pengunjung berkelah sambil menikmati suasana petang.

Aku rasa port ni memang sesuai sangat untuk korang yang nak berbuka atau menikmati moreh di bulan Ramadhan nanti. Parkir kat basement Ayer @ 8 tu banyak tau dan PERCUMA je. Ramai yang tak tau pasal ni 😅 Kalau korang nak booking atau nak order, boleh wasap puan Wan Norshawaniy 😁👇

www.wasap.my/+60195955608/nakbooking

Lokasi Kedai:
Udang Galah Celup Tepung
Laman Lapan
C1, Ayer@8, LG-02, Jalan P8G,
Presint 8, 62250 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya

Google Maps:
https://maps.app.goo.gl/t2hJVE3ASATAEKiz6

Waktu Operasi:
Buka setiap hari dari 4PM hingga 11PM

#BotakMakan
#foodreview