Select Page

Sengaja aku up awal2 sebab senang untuk korang decide nak makan kambing bakar mana malam ni kan haha 😂 Aku faham sangat sebab nak dapatkan kata putus ‘nak makan mana tu’ boleh makan berjam2 gak la. Lagi hangin punya lama berbincang, alih2 beli burger je. Chisss 😂

Kadang2 mak ayah penat balik kerja ni, nak la makan nasi2 kan? Tapi anak2 plak nak makan western. So bagaimana kalau aku bagitau yang korang boleh makan kedua2nya sekali dalam satu hidangan kat Alfar 69 ni? 😍

Actually Alfar 69 ada buat kolaborasi dengan Pak Bilal Western untuk mengeluarkan menu terbaru mereka ni tau. Antara menu2 yang boleh korang cuba adalah :

👉 Nasi Kerabu Golok Kambing Bakar
👉 Nasi Kerabu Golok Ayam Chop
👉 Nasi Gulai Kambing Bakar
👉 Nasi Gulai Ayam Chop

Okay tu menu baru dorang. Then kalau nak pekena signature dan hot seller menu kat Alfar 69 pun boleh gak antaranya :

👉 Nasi Kerabu Golok Daging Bakar
👉 Nasi Ayam Cincang

Tak nak makan nasi2? Seyes la ni? Takkan diet kot? Haha 😂 Takpe2 dorang pun ada menu kudap kudapan untuk korang cuba seperti :

👉 Siakap Miangpla
👉 Set Mukbang
👉 Keropok lekor
👉 Popiah Daging Cincang & Sos Jeruk
👉 Lokching

Dan jangan lupa order signature drinks dorang Teh Tarik Madu dan Thai Green Tea tau. Dia letak aiskrim atas dia tu. Perghh syahduuu 😍👍

Untuk sebarang tempahan boleh lah hubungi no wasap puan Alfar Lyana di bawah ni ye 😁👇

www.wasap.my/601111801699/nakorder

Lokasi:
ALFAR 69 Ayam Cincang
Kajang Foodstation 2,
Taman Ramal Suria,
43000 Kajang, Selangor

Google Maps:
https://maps.app.goo.gl/Xpbt74FMGYMArQbA8.

Waktu operasi:
Buka setiap hari kecuali Isnin
Dari pukul 8 am hingga 10 pm

Nasi Kerabu/Air
(8 am – 10 pm)

Nasi Ayam Cincang/Nasi Gulai
(10 am – 10 pm)

Kudap-kudap
(2pm – 10 pm)