Dulu makcik sup asli masjid jamek kajang ni meniaga kat belakang Masjid Sungai Kantan. Untung warga kawasan Masjid Jamek Kajang ni, boleh makan masakan makcik nii.
Sekarang dah sewa kedai setentang KPJ Kajang tu, sederet kedai tayar dan car wash. Benda dah sedap, pindah tempat pun, confirm cari sampai jumpa jugak kan. Kalau korang teringin nak makan sup panas-panas, boleh datang kedai makcik ni. Sup sedap, portion banyak, confirm puas hati!
banyak stok pokok dekat nurseri bangi ni
Sup makcik ni memang lejen. Bukan setakat mee, portion daging pun banyak dia letak. Tambah pulak sup yang diperah limau nipis. Syahdu je bila hirup sup. Sesuai sangat kalau nak makan waktu sejuk-sejuk atau tak sihat. Boleh pilih nak makan dengan mee, mihun atau kuey teow.
Selain pelbagai menu sup, kat sini pun ada masakan panas, Nasi Goreng Daging dan Nasi Ayam. So, korang yang memang kena makan nasi dalam sehari ni, tak yah risau kalau datang sini. Boleh pilih menu nasi dia tau.
Ada yang pernah try tak? Tak rugi cuba kat sini tau. Dia buka dari 12TGH hingga 10PM
Lokasi Kedai: