Select Page

Alhamdulillah, banjir sudah reda. Kami di BBBC bersyukur kerana kita di Bangi tidak terjejas teruk sebagaimana tempat tempat lain yang sememangnya antara paling teruk pernah mereka alami. Mereka perlukan sumbangan daripada kita

Apa yang kita boleh buat di Bangi adalah dengan memberi bantuan sama ada dalam bentuk tenaga mahupun wang ringgit. Sedikit sebanyak bebanan kawan kawan kita yang berada di sekitar boleh dikurangkan. Selalu panjatkan doa supaya mereka terus tabah menghadapi ujian ini

Murahnya Buffet RM15.90 sahaja di Bangi!

Flea Market Bangi Gateway dengan kerjasama BBBC akan menyediakan tempat pengumpulan barang barang keperluan asas untuk sumbangan ini diberi kepada mangsa mangsa banjir ini. Kami tahu ramai yang ingin membantu dan tiada capaian untuk kesana jadi kami akan menyediakan pengankutan bagi menghantar barangan anda kesana nanti

Perincian seperti dibawah

  • Tarikh pengumpulan : 24 – 26 Disember 2021
  • Masa : 6pm-11pm
  • Lokasi : Store simpan barang di Flea Market Bangi Gateway
  • Tarikh pengedaran : 27 Disember 2021

Jika anda ada lebihan barang bolehlah beri kepada mereka yang terjejas teruk banjir kali ini. Tak semua boleh beli yang baru jadi pilihlah barangan yang masih elok lagi untuk digunakan untuk diberi kepada kawan kawan kita disana nanti. Jika anda ingin sumbang dalam bentu wang atau ada sebarang pertanyaan boleh hubungi admin BBBC di wasap.my/601157852050/banjir

Doakan usaha murni ini dipermudahkan