Select Page
Orang Bangi sekalian, perhatian buat coffee lover, ada satu lagi port aku baru jumpa kat area Bank Islam Seksyen 16 Bangi. Nama cafe ni Nyaman Cafe.
Nyaman Cafe ni berada di Tingkat 1 Zueone Resources. Cafe ni baru je buka 2 minggu, so memang takde signage atau signboard lagi. Masa aku cari hari tu pun menggagau gak 😂

Selain variasi kopi2 mesin, korang boleh gak try menu2 lain kat sini seperti pasta, set nasi dan desserts. Macam hari tu kami order :

• Spaghetti Aglio Olio (RM13)
• Chicken Buttermilk (RM13)
• Spaghetti Creamy Pesto (RM14)
• Popia Banana Chocolate (6pcs/RM10)
• Iced Lemonade (RM5)
• Iced Peach Tea (RM5)

Tekstur pasta dia cantik, tak terlalu lembut dan tak terlalu keras. Aglio olio dia pun tak pedas sangat dan tekstur dia tak kering sangat. Untuk budak2 ada menu Chicken Buttermilk atau Spaghetti Carbonara. Chicken buttermilk dia nice cuma portion ayam dia la tak banyak. Popia Banana Chocolate dia sedap. Makan plak panas2 perghh memang syahdu 😍

Dorang pun ada buat delivery thru foodpanda kalau tak silap. Apa2 korang wasap je no kat bawah ni ye untuk pesanan 😁👇

 

Lokasi kedai:
Nyaman Cafe
No. 20, Tingkat 1, Jalan 6C/7
Seksyen 16 Bandar Baru Bangi
43650 Bangi, Selangor

Google Maps:
https://maps.app.goo.gl/dEJuENtaXpWDw8GXA

Waze :
Zueone Resources

Waktu Operasi:
Buka setiap hari kecuali Isnin
Dari pukul 1PM hingga 9.30PM
#BotakMakan
#foodhuntMY