Serius aku pun terkejut. Sebelum ni aku ingat Zul Ikan Bakar, Besut dah cukup murah dah (sebab sotong celup tepung dia sepinggan RM15), rupa rupanya kat Kajang pun ada port ikan bakar dan sotong celup tepung murah jugak la
Mati2 aku ingat harga dia per 100 gram. Bukan setakat sotong dia je, ikan2 bakar dia pun sepinggan around RM10 – RM25 je
Ikan pari bakar dia pun tebal. Sotong celup tepung tu dia guna seekor setengah kalau sotong besar dan 4 ekor kalau sotong kecik. Dia punya rangup tepung sotong celup tu memang takleh bawak berbincang. Krup krap krup krap
Kat bawah ni antara menu2 seafood yang boleh korang cuba :
Amacam murah kan? Actually aku lagi prefer macamni sebab boleh bajet harga makanan yang nak nak dipesan. Then aku perhatikan menu2 masakan panas macam nasi goreng kat situ berumbu. Maksud aku berbukit tau. Penuh pinggan haha
Aku order Nasi USA tu pun makan berdua ngan Jasmeen Mujur la aku order sepinggan je.
Then kat situ pun ada sate2. Bestnya kat situ dia punya kuah sate dia pekat bhai. Then ada sate tembusu tau. Susah nak jumpa sate tembusu ni kat tempat lain. Lembut dan tak berbau
Dia punya perapan pun sedap. Kiranya banyak la pilihan menu kalau korang ke sini. Kat bawah ni harga sate2 dia plak ye :
Korang boleh order thru Grabfood, Lalamove dan Shopee Food. Dia buka setiap hari kecuali 3 hari setiap pertengahan bulan (Selasa, Rabu dan Khamis). Untuk sebarang tempahan, boleh wasap puan Zahira Zaki ni ye
Noriwan corner .
Jalan Jenaris 1, Taman Jenaris,
43000 Kajang, Selangor
Google Maps
https://maps.app.goo.gl/EHP8jCZ2nZaXPEa49
Waktu Operasi
Buka setiap hari KECUALI Selasa, Rabu dan Khamis pertengahan bulan.
Dari jam 4PM hingga 11PM
UPDATE :
Actually kalau korang tau, Satay Noriwan dulu pernah meniaga kat Medan Selera Pemadam depan Court Mammoth Kajang. Kalau korang orang lama mesti tau port ni
Anda juga mungkin meminati: Port Aiskrim Gula Apong