Selepas kecoh berkenaan isu tidak sensitif terhadap aktiviti menziarahi pusara seorang selebriti ternama, kontroversi mengislamkan individu bukan Islam serta pembaziran gel penyejuk badan atau lebih dikenali sebagai ‘Babi Air’ oleh golongan muda, kini, sekali lagi tindakan seorang selebriti Malaysia ini, Aisar Khaled, dicemuh netizen.
Hal ini susulan tindakannya mengepos hantaran video dengan suntingan caption ‘tidak kira sibuk kerja dan berada di mana, solat jangan tinggal’. Walaupun mesej yang ingin disampaikan itu amat baik, namun cara yang dikongsi Aisar Khaled sedikit sebanyak mengusik sensitiviti masyarakat. Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan beliau menunjukkan aktiviti solat yang dilakukan di hadapan bengkel bagi waktu zohor, di sebelah peralatan gym pada waktu asar dan juga di atas penutup minyak di hadapan stesen minyak Shell bagi waktu Maghrib.
Antara komen yang diterima termasuklah
“shell tu ada surau lah”,
“content bab agama ni jangan buat main”,
“kenapa bukan dekat surau?” dan juga
“tempat yang ada surau kenapa sembahyang atas jalan?”.
Namun, ramai juga yang menyokong tindakan beliau dan memberi sokongan sepenuhnya terhadap video yang dihantar di laman sosial media itu.
Bagi admin sendiri, sebaiknya kita jauhkan isu isu sensitif seperti ini. Mesej yang baik tidak semestinya membawa kepada pengajaran yang baik kepada setiap individu. Selain isu yang bakal menjadi trend atau erti kata lain, ‘viral’, para content creator juga harus mengkhususkan cara yang menunjukkan ikutan terbaik kepada umum. Banyak lagi idea yang boleh diviralkan dengan mesej sama yang ingin disampaikan.
Bayangkan saja jika ada yang mengikut sebulatnya cara yang dikongsi. Sebagai contoh, solat di kawasan yang terbuka dan berbahaya seperti di hadapan Shell tersebut pasti sahaja boleh menyebabkan kemalangan lalu lintas. Jadi, sebelum membuat sebarang perkongsian, elok lah difikirkan cara yang paling terbaik.
Anda juga mungkin meminati: 8 Hotel Popular di Bangi