Select Page

Ada ke orang yang gunakan minyak masak sekali sahaja untuk memasak?

Rata-rata rakyat Malaysia memang suka masak sendiri. Bila menggoreng atau menumis, memang akan gunakan mlnyak masak yang banyak.

Macam mana korang simpan minyak memasak tu? Ke tuang je dalam sinki bila dah siap masak? Ish ishh. Tak elok macam tu tau.

Tahukah anda jika kita buang sisa minyak memasak dalam sinki, ia boleh menyebabkan gumpalan lemak yang tebal dan memenuhi saluran paip. Bila lemak bergumpal tebal dan lama, ianya pasti akan menyebabkan masalah sekatan di paip pembentungan dan bau busuk akan terhasil.

Ni merupakan antara tips penghapusan minyak masak terpakai dengan betul :

1. Kitar Semula

kitar semula minyak

Sebenarnya banyak benda yang boleh dihasilkan dengan menggunakan sisa minyak masak. Tambahan lagi, jika korang jenis yang kreatif dan suka ber-DIY, boleh cuba buat carian di internet cara penghasilan barang berasaskan minyak. Antara bahan yang boleh dimanfaatkan dari minyak memasak terpakai ialah biodiesel, lilin, sabun pencuci dan makanan haiwan.

meriah menu foodcourt teras jernang

2. Kumpul Dalam Botol

kumpul minyak dalam botol

Lepas kumpul, nak kena buat apa?

Simpan je ke sampai penuh satu ruang?

Sekiranya minyak dikumpul dalam botol, botol-botol tersebut boleh dibuang di kawasan kitar semula. Pihak berwajib seperti Majlis Perbandaran akan menguruskan sisa buangan tersebut.

8 tips wanita bekerjaya terus bermotivasi

3. Serahkan Kepada Pihak Yang Menyediakan Khidmat Kitar Semula

Pusat kitar semula minyak masak

Minyak Kumpul-kumpul dapat duit. Siapa yang tak nak kan?

Sisa minyak masak yang dibuang merata akan menyebabkan pencemaran, jadi apa kata kita kumpul dan jual kepada pihak-pihak yang menyediakan khidmat kitar semula seperti Kelab Belia Sentosa di Batang Kali atau di Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi tujuan penghasilan biodiesel. Dengan cara ni, kita dapat duit, alam pun terjaga dari apa-apa pencemaran.

8 makanan bagus untuk ibu hamil

Banyak je cara yang boleh dilakukan bagi menggantikan tabiat pembuangan sisa minyak terpakai yang kita selalu amalkan. Jika kita tidak menjaga alam, maka, siapa lagi yang akan menjaganya kan?

Ehemm. Berita baik buat warga Bangi! Sekarang korang tak payah susah-susah ke tempat pengumpulan kitar semula dah tau. Korang boleh simpan dan jual sisa minyak masak korang tanpa ke Serdang atau Batang Kali dahh. Jimat masa dan tenaga kan?

Kempen Waste2Wealth ni bertujuan untuk memupuk kesedaran warga Bangi bahawa minyak masak terpakai boleh dikitar semula, sekali gus dapat membantu mengelakkan pencemaran disebabkan pembuangan sisa minyak masak yang tidak betul.

Lokasi pengumpulan minyak masak terpakai ini akan dibuat di tiga tempat iaitu di kedai Muiz Hot Chicken Teras Jernang, Muiz Hot Chicken Flea Market Bangi Gateway dan Muiz Hot Chicken Ngopi Bay Savanna Southville City.

Jom kita sama-sama kitar semula minyak terpakai. Save oil, save Bangi!