Select Page

Kalau ikutkan sebenarnya, admin berbelah bahagi juga nak kongsi dekat korang pasal butik ni tapi dalam masa yang sama, nak juga korang tahu yang butik-butik dekat Bangi ni bukan kaleng-kaleng. Hahaha bukan apa, kalau dah viral butik ni, habislah koleksi design yang admin suka 🙁

Ada beberapa design dekat sini yang bagi admin, memang ‘outstanding’ dari butik-butik lain. Sangat exclusive!

Tapi… limited edition. 1 design tu hanya akan ada beberapa saiz saja dan ‘first come, first serve’ ye. Habis je stock untuk satu design tu, kira habis terus lah. Mereka memang tak akan restock semula. So, memang kena grab awal-awal.

Oh ye, sebelum apa-apa, admin nak maklumkan dulu yang produk utama butik ni adalah jubah abaya dan ada juga beberapa barangan lain macam blouse, barangan perhiasan, aksesori dan juga tudung. So, tak salah lagi lah kalau nak cari outfit raya dekat butik ni sebab semuanya dah tersedia, tak payah nak masuk dua tiga kedai dah.

Tempat ootd pun ada hehehe. Min excited!

Abaya yang ada dekat sini pula memang semuanya didatangkan terus dari negara arab sana tau. Admin dah rasa dah semua material dia, memang approve!

Ada design yang kainnya sejuk, lembut, flowy dan sedap dipakai. Ada juga yang dihias dengan lace cantik dan manik yang dijahit sendiri. Produk handmade, sebab tu lah exclusive.

Antara jenis jubah abaya yang ada di sini adalah:-
* Abaya Yaman
* Abaya Dubai
* Abaya Turki
* Abaya Saudi
* Abaya Qatar

Untuk student yang teringin nak pakai jubah abaya, boleh lah cuba abaya Yaman diorang sebab materialnya ironless dan sejuk. Tapi kalau nak belikan untuk mak atau nenek di kampung, nak bagi diorang rasa feeling pakai Abaya ni macam mana, haa boleh cuba belikan abaya dari Saudi ni pula.

Admin dimaklumkan juga oleh Puan Nabila, pengusaha Artilia Boutique ni yang ramai mencari outfit untuk majlis dinner dekat sini. Lagi lagi yang bertemakan arabic night. Semua jenis perhiasan dah tersedia dekat butik ni dari tudung, niqab, abaya, dan juga aksesori tambahan macam ‘crown‘, gelang dan juga rantai.

Emas dubai yang ramai orang cari pun ada dekat sini. Yang bestnya, emas dubai ni akan amik masa 5 tahun untuk luntur. Memang lama. So, memang berbaloi kalau korang nak beli untuk dinner sebab boleh pakai semula untuk raya setiap tahun.

Haa so, korang dah ada pilihan untuk baju raya tahun ni?
Kalau belum, apa kata korang cuba singgah dekat Artilia Boutique ni.

Diorang tengah adakan promosi sempena Ramadan ni tau! Korang boleh dapatkan outfit raya dengan harga bermula RM 79  sahaja!
Beli lebih dari 5 pcs pula, boleh dapat harga borong. Best kan?

Nak try fitting dulu sebelum beli pun boleh tau. Diorang ada sediakan fitting room jugak tau.

Nak cari baju untuk si suami dan anak kecil pun tak ada masalah. Kurta untuk lelaki pun tersedia dekat sini untuk anak yang seawal usia 2 tahun. Memang best, semua lengkap tersedia dalam satu kedai.

Butik ni berdekatan dengan tapak bazaar Flea Market tu tau. So, lepas berbuka dekat sana, boleh lah korang shopping baju raya pula.

Nak shopping lama-lama pun boleh dekat sini sebab diorang memang ada sediakan beberapa kerusi untuk cik suami duduk berehat. Kalau korang nak maklumat lanjut berkenaan butik ni, boleh terus contact owner butik, Puan Nabila ye dekat link bawah ni.

https://www.wasap.my/601117475088

Lokasi Butik:
Artilia Boutique
Lot 09-1, Block C,
Bangi Gateway Shopping Complex,
Seksyen 15,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor

Google Maps:
https://goo.gl/maps/6X9WfSKewgMXsRvd9

Waktu Operasi:
Buka setiap hari
Biasa: 10.30 am – 9.30 pm
Sepanjang Ramadan: 11.00 am – 11.00 pm

#bbbc
#safaricreative

Anda juga mungkin meminati: Senarai Bazaar Ramadan di Bangi