Select Page
Aku ingat macam coffee yang biasa aku minum. Aku tak letakkan harapan yang tinggi pun. Cukup rasa kopi, lemak dan manis susu. Balance dan sedap.
Aku order Caramel Luz Machiato dan Jasmeen aku belikan Chocolate De Mesa. Oh by the way Pote Coffee ni berkonsepkan kopi Mexico ye. Bukan kerana biji kopinya, tetapi susu yang digunakannya tu diimport dari Mexico. Variasi kopinya tak memerlukan air gula. Susu tu sendiri dah cukup manis menggantikan air gula yang biasa cafe2 gunakan ke dalam kopi.
“Cuba abang rasa”, ujar puan isteri selepas dia rasa sesedut kopi yang aku pesan.
Sebaik aku sedut, aku terdiam. Perghh sedap kopi dia ni lain macam bhai. Rasa kaw kopi dia tu blend cantik dengan rasa lemak dan manis susu. The best part kopi dia pekat tau, bukan cair. Bila aku sengetkan cawan kopi tu, aku boleh lihat cecair kopi tu masih melekat pada dinding cawan. Ada certain2 kopi aku beli, kopi dia buat sedikit cair. Bila campur dengan ais, makin bertambahlah cairnya dan lama2 jadi tawar.
Kopi yang aku pesan ni tak macam tu. Bila aku tinggalkan lama, rasa creamy dan kopi tu masih tak lari jauh walaupun dalam ais. Bila aku sedut, aku rasa refresh. Buntang terus weh mata aku. Kalau time study dulu ni, memang cantik sangat lah kalau buat bekalan stay up 😂
Serius terbaik bethol joki yang buat kopi ni 😍☕
Aku dah order Caramel Luz Machiato, baru abang tu kata best seller dia Adicto Latte. Adoyai 😅 Tu cara2 nak suruh aku datang repeat lagi la tu haha. Tak minum kopi? Chocolate pun ada. Apa de hal. Harga2 pun bawah RM10 je. Berani aku katakan yang Pote Coffee ni antara kopi yang tersedap pernah aku cuba di Bangi 😍😘 (based on tekak aku)
Sempat borak2 ngan abang ni. Kalau tak dia join gak Kenduri Kopi hari tu, tapi sebab takde man power (dia buat kopi sendiri je) so dia takut takleh handle crowd. Kalau korang nak pekena variasi kopi2 Mexican dia ni, kena walk in sendiri kat cafe dia la ye. Details aku share kat bawah.
Lokasi:-
(Cafe dia tepi jalan je – sebelah Bangkok Foodcourt / setentang KK Mart Teras Jernang)
Lot 2191-3, Jalan Teras Kampong,
Kampung Teras Jernang,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor
Google Maps:-
Waktu operasi:-
Buka setiap hari
Dari pukul 10AM hinga 7PM
Jumaat 3PM hingga 7PM