Select Page

Asalnya aku singgah downtown Jalan Reko, Kajang ni bukan nak beli tom yam goong tapi sebenarnya nak beli jagung rebus ngan leher ayam ye buat kudapan ngadap Netflix. Ntah macamana boleh terjoin beratur depan stall ni plak. Curious nak tau gak apa yang best sampai ramai orang beratur kat situ 😂

Actually stall ni jual Tomyam Goong dan Air Thai Ikat Tepi. Dia ada 20 jenis air dan 3 jenis menu Tomyam Goong iaitu Tomyam Ayam, Tomyam Udang dan Tomyam Seafood. Setiap set Tomyam ni didatangkan sekali dengan pilihan Nasi/Meehun/Maggi/Kuey Teow.

SAMBAL BELACAN THAI & BILIS PALING PADU

Personally aku rasa Tom yam dia padu bhai. Kuah dia pekat lain maciam dan banyak condiment. Dia letak susu cair buatkan rasa tomyam dia creamy2 cemtooh 😍

Then tomyam dia ni tak sesuai untuk kanak2 sebab rasanya yang pedas. Jasmeen yang makan pedas pun boleh bertakung peluh bagai 😂

Ada beza rasa kalau korang makan tomyam ayam, udang dan seafood. Kalau korang nak rasa real tomyam, korang order tomyam ayam. Tomyam udang dan seafood rasa sedikit manis (manis seafood) tapi pada aku tomyam seafood lagi syahdu. Tomyam Ayam RM10, Tomyam Udang RM12, Tomyam Seafood RM15. Dalam Tomyam Seafood tu ada udang, lala dan sotong.

Kalau korang nak try, boleh ke downtown Jalan Reko, Kajang. Ada banner tulis Air Thai Ikat Tepi dan Tomyam Goong. Dia buka setiap hari kecuali Isnin, dari pukul 6PM hingga 2AM. Tapi kalau habis awal, dorang tutup awal 😁

Nak delivery pun boleh tapi korang kena arrange sendiri dengan Lalamove. Apa2 korang boleh wasap puan Nurul Iman ni ye 😁👇
www.wasap.my/601121518457/tomyamgoong

Google Maps:
https://maps.google.com/?cid=14937636238157798478&entry=gps