Select Page

Second time repeat ngan mak abah aku. Bila aku kata nak makan kat Izgara Cuisine Bangi ni, tak banyak cakap terus bersiap. Selalu kalau aku ajak keluar makan time2 tu la baju tak lipat lagi, takde baju nak pakai la, itu ini. Cis 😂

Kali ni aku ingat nak try menu2 lain plak tapi abah aku tak nak berganjak dengan pilihan dia Khabsa Lamb Shank Kuzi. Abis la dia dah tersangkut ngan lamb shank Izgara ni dah 😩

petua kuruskan badan dan peha paling mudah

Tapi aku tak nafikan lamb shank dia memang sedap pun. Isi dan tulang tu boleh tarik macam tu je. Kuah kuzi dia padu. Dapat cicah ngan roti pun sedap tu 😍

Selain Khabsa Lamb Shank Kuzi, aku try gak order menu2 lain antaranya :
1) Shawarma Beef
2) Grilled Chicken Burger
3) Rice Plate Chicken Grilled
4) Beef Pizza
5) Lamb Chop

8 tips kekal bersemangat untuk wanita

Izgara Cuisine Bangi ni bukan tipikal restoran arab tau. Selain hidangan2 arab, kat sini pun ada menu2 western, tempatan dan desserts. Kira banyak la choice lain kot2 la korang taknak makan makanan arab kan.

Restoran ni bersih, ada ruangan berhawa dingin dan open air. Parkir pun banyak. Pada aku kalau korang nak booking for private event pun nice sangat 😍👍

jualan tutup kilang jalan reko

Dorang pun ada buat delivery thru Foodpanda dan Grabfood ye.

Lokasi kedai:

F-G, 27, Jalan BG 3B/1, Seksyen 15,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

 

Google Maps

 

Waktu operasi
Buka setiap hari kecuali Isnin
Selasa – Jumaat (12TGH hingga 11PM)
Sabtu – Ahad (1PM hingga 11PM)
Rate di Google : 4.4/5⭐