Select Page

Festival Nasi Lemak Bangi & Kopi O dekat Bangi! Tak sabarnya nak pergi kan!!

Jangan lupa weekend ni kita ada tiga (3) event besar yang akan berlangsung di Bangi ya 😍

Selain Bangi Vintage Festival dengan penglibatan vendor2 bundle dan barangan2 vintage dari dalam dan luar negara dan himpunan motor2 klasik, akan diadakan juga Festival Nasi Lemak Bangi & Kopi O dalam satu bumbung di Bangi!

Banyak juga acara sampingan yang pihak penganjur aturkan, antaranya adalah meneka berat buah durian, nasi lemak tersedap, karaoke dan banyak lagi lah. Jangan lupa juga ada cabutan bertuah bagi anda yang datang ke festival ini

Festival ini akan menghimpunkan 12 orang vendor/peniaga2 nasi lemak dan juga 4 vendor kopi yang terdapat di sekitar Bangi dan Kajang.

Ayam Gepuk best untuk anda

Ada pelbagai jenis nasi lemak akan di jual pada hari tersebut. Nasi Lemak Ayam Berempah, Nasi Lemak Belauk, Nasi Lemak Ikan Aya, Nasi Lemak Basmathi dan banyak lagi. Tu baru teaser 😂

Jika anda berkelapangan, bolehlah support peniaga peniaga kita disana. Kita sendiri pun boleh merasa pelbagai variety nasi lemak pada hanya satu tempat, kat mana nak cari kan? Sudah pasti hanya di Festival ini sahaja yang menghidangkan menu nasi lemak kepada korang semua yang hadir

*****

festival nasi lemak

FESTIVAL NASI LEMAK & KOPI ‘O’ @ BANGI
Lokasi : Perkarangan parkir McD PKNS
Tarikh : 24 – 26 Jun 2022
Hari : Jumaat – Ahad

*****

*festival ni bermula Jumaat 24 Jun 2022, 5PM onwards. Jangan lupa untuk datang dan war warkan kepada rakan anda yang berada di Bangi dan sekitar lembah klang

Penting untuk kita jaga sop dan kebersihan. Jangan lupa bawa family dan kawan2 sekali ye. Kita sama2 foodhunt Nasi Lemak dan Kopi kat sana nanti 😍👍