Dah lama aku perati Mee Celup akak ni, tapi baru sekarang aku dapat try. Lain maciam penangan Mee Celup akak ni ye. Hari ni aku bawak mak aku makan, esok dia ajak repeat balik. Apo!!
Okay macam aku kata sebelum ni, pada aku Mee Celup ada 3 kategori. Heavy, medium dan light (rasa rempah dan rasa pedasnya). Heavy macam Mee Celup Qoma Thai, light macam Mee Celup Warung Che Leha. Mee Celup akak ni aku kategorikan medium. Tak terlalu ringan dan berat rasanya. Sedap weh!! Best betul Bangi ni banyak pilihan Mee Celup
Condiment banyak dan portion penuh. Taugeh rangup. Aku tak tau la tempat lain macamana tapi akak ni punya Mee Celup di buat tanpa guna garam ye. Dia guna sos sotong semata2 Aku ada attached gambar saiz mangkuk dengan buku lima aku tu.
https://bandarbarubangicommunity.com/buffet-murah-rm-15-90-sahaja-di-lake-house-restaurant-bangi/
Aku order Nasi Putih + Sup Daging + Telur Dadar + Sambal Belacan. Perghh syahdu bhai Daging lembut, empuk. Penuh mangkuk, tak kedekut. Then sup dia rasa macam sup siam, masam2 sikit. Sambal belacan pun pedas. Makan plak time lapo, perghh berdenyut bhai kepala hirup sup panas2
Antara menu2 lain yang korang boleh cuba adalah :
- Sup Ayam
- Sup Daging
- Sup Perut
- Sup Tulang
- Sup Campur
- Mee Celup
- Kuey Teow Celup
- Bihun Celup
- Maggi Celup
- Nasi Bubur
- Nasi Putih + Sup + Telur Dadar/Mata
Actually akak ni meniaga kat rumah je, so kalau korang nak dine in tak boleh la ramai2 ye. Setakat 3-4 orang tu boleh la ye sebab dia tak buka banyak meja pun haha Rezeki aku je hari tu dapat dine in 2 family.By the way akak ni takde buat delivery tau. Korang kena order dan pick up sendiri. Sebelum ni regular2 customer dia orang2 kawasan sekitar je. Aku kata la kat dia sayang kalau orang tatau sebab sup dia ni sedap dan mewah portion dia
Kalau korang nak cuba tapau Mee Sup dan menu2 syahdu akak ni, boleh la wasap dia ye http://www.wasap.my/+601155511845/naktapau
Nasi Sup Simpang (hadapan Masjid Al Umm), 5, Jalan 1/3K, Seksyen 1, 43650 Bangi.
Waze : https://waze.com/ul/hw282ezfe6
Waktu operasi: Bermula dari pukul 11 pagi hingga 5.30 petang setiap hari kecuali Isnin
#BotakMakan #foodreview #kitasupportkita