Aku baru perasan satu lagi port bagi penggemar menu Laksa Utara iaitu Mr Laksa yang terletak di Sg Tangkas.
Gerai Mr Laksa ni bersebelahan dengan kedai runcit BBC dan gerai air kelapa. Kat situ ada 4 jenis laksa utara yang boleh korang cuba :
Kuah dia pekat. Tapi kalau korang nak pekat lagi korang amik Laksa Padu Kaw. Banyak giler isi ikan. Portion dan condiments pun banyak. Pada gambar tu aku tak isi semua condiments dia, kalau tak memang tak nampak mee laksa dia
Ada timun, salad, bawang dan cili api. Okay laksa dia light2 je rasa pedasnya so kalau anak2 korang nak makan pun takde masalah. Dia punya telur sarang pun banyak dan tak kedekut. Portion Laksa Padu Kaw tu kami makan 3 beranak haha
Tapi korang tak tau la. Korang boleh tengok kuah dia pada video yang aku share tu
Korang boleh pesan delivery thru Grabfood, Halo dan in-house delivery. Buat masa ni dorang takde dine in, so korang memang kena order delivery dan take away je la