Select Page

Ada port baru untuk penggemar aiskrim gula apong di Prima Saujana, Kajang. Menarik kat sini bukan setakat aiskrim gula apong je, ada gak aiskrim yogurt macam llao ilao.

Then kat situ pun ada aiskrim gula apong stick gak. Konsepnya macam cafe aiskrim Magnum yang pernah aku pergi kat IOI Mall Putrajaya sebelum ni (tapi sekarang dah closed) Korang boleh pilih sendiri topping dan deco askrim tu ikut selera dan citara korang.

gula apong

Harga dia pun boleh tahan murah tau serendah RM3.70 je 😍 Aku rasa berbaloi la dengan rasa aiskrim dia tu yang light2 je dan kurang manis rasanya. Itu untuk aiskrim jenis cup. Tapi kalau jenis stick dia plak, rasa gula apong dia lebih jelas dan kuat rasanya 😍👍

Interior dan susun atur cafe dia kemas dan cantik. Luas dan selesa untuk pengunjung dine in. Tapi tak banyak meja dorang buka, almaklumlah sop kan. Staff pun sangat membantu menerangkan jenis2 aiskrim yang ada kat situ. Almaklumlah aku pun 1st time cuba ni 😅

interior design kedai gula apong

interior design kedai gula apong

bahagian hadapan kedai gula apong

So kalau korang nak try variasi aiskrim jenis ni kat M Ice Cream ni, boleh rujuk maklumat di bawah ni ye 😁👇

M ICE CREAM
No. F-1-GB, Jalan Prima Saujana 2/C,
Seksyen 2, Taman Prima Saujana,
43000 Kajang, Selangor.

Google Maps:
https://maps.app.goo.gl/mbBVGheTedNaxV2q8

Waktu operasi:
Dibuka setiap hari
dari 10 am hingga 9 pm

Anda juga mungkin meminati: Pavlova Sedap di The Pav