Meriah betul kami ke Seksyen 4 tambahan Bangi dengan jualan peniaga ‘street food’ yang pelbagai. Daripada goreng gorengan, rojak, air balang, karipap, takoyaki dan pelbagai lagilah. Rasanya kalau korang kesana pun teruja dengan pelbagai juadah yang dijual. Termasuklah juga Roti Kukus Kaya Asli Kuala Kangsar
Roti Kukus Sedap!
Tempat Majlis Kahwin Cantik di Bangi
Ketika jalan cari makan di sana, kami terpandang dengan banner tertera ROTI KUKUS ASLI KUALA KANGSAR. Alahai terus terimbau kembali dengan roti kukus di Kuala Kangsar ni. Memang sedap dan teringat ingat kalau dah kena sekali tu. Terus singgah dan tengok apa menu yang ada
Kebetulan tak ramai yang sedang beratur, apa lagi teruslah order set A. Tanya juga peniaga yang namanya Zul kata apa yang sedap disini. Katanya cubalah Set A kalau sorang, kenyang dah katanya tapi kalau nafsu besar ambik ajelah set B baru terbungkang. haha
Sebab dah makan lunch, so ambil saja Set A
Nampak tangan En Zul ni begitu pantas menyiapkan order. Mula mula diambilnya 3 buku roti dan dipotong. Kemudian dia letak dalam dapur kukusan. Unik dapur ni old style patutlah sesuai sangat dengan nama ASLI Kuala Kangsar memang ASLI betul cara penyediaan dia
Baby Pancake Viral Sedap di Bangi
Lepas 1-2 minit macam tu, diangkat roti tadi dan terus diletak dengan marjerin rasanya. Kemudian baru letak kaya
Fuh, masa sapu kaya tu, meleleh air liur. Haha, nasib baik boleh cover!
Sembang dengan En Zul ni, katanya dah lama meniaga disini. Dia meniaga hari hari bermula jam 12 tengahari hinggalah ke petang 6 petang atau mana habis dulu. So korang kena laju lajulah kalau teringin makan. Buka setiap hari kecuali Sabtu. Saya ada tinggalkan no Tel dibawah ni korang rogerlah dulu takut tak jumpa ke apa ke kan
Tak Sempat Sampai Rumah, Dah Habis!
Tengoklah tu gebu gebas habis. Tak sempat sampai rumah dah habis dalam kereta. haha
Selain jualan disini di Seksyen 4 Tambahan Bangi, dia juga menawarkan pakej catering mini. Sesuai sangatlah sesiapa yang nak buat kenduri tu pasang kiosk cantik ni mesi tetamu sayang lebih kat korang. hehe
Ok warga Bangi, jom kita beramai support peniaga tempatan kita
ROTI KUKUS KAYA ASLI KUALA KANGSAR
Lokasi : Seksyen 4 Tambahan Bangi (Berhadapan Farmasi Eureka)
Waktu Operasi : Setiap hari (12pm-6pm)
No : 011 1082 5538 (wasap.my/601110825538/nak+roti+kukus )