Sejak beberapa bulan ni, admin perhatikan ramai betul ye yang mula mendirikan rumah tangga lepas lama tertangguh akibat pandemik Covid-19. Orang lain yang kahwin, admin yang rasa sebaknya.
Ye lah macam macam dugaan yang datang kan sepanjang Covid ni, kena postpone tarikh, last minute pengantin kena Covid, mak ayah tak dapat join majlis dan macam macam lagi. So, bila dah selesai majlis ni pastinya setiap pasangan pengantin rasa syukur dan lega.
Haa memandangkan sekarang dah boleh ziarah-menziarahi, jadi mesti ramai kenalan dan keluarga yang mula singgah ke rumah si pengantin. Runsing nak hidangkan apa dekat tetamu? Nak masak tapi belum pro untuk sediakan masakan rumit?
Eh, jangan risau! Kami di Bandar Baru Bangi Community akan sentiasa kongsikan resipi resipi yang mudah untuk anda ikuti.
RESIPI SIAKAP 3 RASA
Oleh: Bandar Baru Bangi Community
BAHAN IKAN:
Minyak
Tepung jagung
Garam
Kunyit
Ikan siakap
BAHAN TUMIS:
3 biji bawang besar (dipotong dadu)
6 ulas bawang putih (diketuk)
2 inci halia (dihiris nipis)
15 tangkai cili api merah (dihiris)
BAHAN SOS:
5 sudu sos cili
5 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
3 sudu sos ikan
BAHAN LAIN:
3 biji tomato (dipotong dadu)
1 tin cube nenas (termasuk airnya)
1 batang saderi (potong kecil)
daun ketumbar (potong kecil)
1 batang serai (diketuk)
CARA PENYEDIAAN:
- Bersihkan ikan dan lumurkan dengan garam, kunyit, dan tepung jagung sebelum digoreng dalam minyak yang panas.
- Dalam kuali asing, panaskan minyak secukupnya.
- Masukkan bahan tumis ke dalam kuali dan tumis sehingga naik bau.
- Masukkan kesemua bahan sos dan kacau rata sehingga warnanya sebati.
- Masukkan pula bahan lain dengan dimulakan oleh tomato, dan seterusnya cube nenas.
- Jangan dibuang air nenas kerana ia memberikan rasa manis pada kuah sos.
- Setelah mendidih dan nenas kelihatan masak, masukkan pula bahan saderi, dan serai tanpa tunggu lama.
- Tutup api setelah masak dan tuangkan kuah ke atas ikan yang telah digoreng sempurna.
- Tabur lebihan daun ketumbar atas ikan sebagai hiasan.
- Selesai lah sudah resipi siakap 3 rasa yang paling mudah untuk disediakan.
TIPS:
Pastikan guna minyak yang banyak dan betul-betul panas sebelum masukkan ikan.
Boleh juga guna tepung jenama Bestari perisa pedas untuk rasa ikan yang lebih sedap dan menyengat.
Facebook: Bandar Baru Bangi Community
Anda juga mungkin meminati: Resipi Rendang Daging