Select Page

Hai semua, hari ini kami di BBBC ingin berkongsi dengan anda, resipi ayam masak kicap, hidangan kegemaran ramai.  Walaupun cara masakannya agak mudah dan simple tapi, rasanya yang menggamit memori pastinya tidak akan ditolak oleh sesiapa sahaja yang menjamunya.

Masakan kicap telah menjadi hidangan sinonim masyarakat setempat tanpa mengira golongan umur dan juga bangsa. Hidangan ini digambarkan sebagai resipi yang menggamit kembali memori terutama sewaktu zaman kanak-kanak.

Menu ini adalah menu yang paling simple dan mudah dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja terutamanya bagi individu yang sibuk dan tidak mempunyai bahan masakan yang banyak. Jadi, untuk anda yang mempunyai masa dan bajet yang terhad, anda boleh lah mencuba resipi ini kerana bahan yang digunakan juga tidak rumit dan sangat mudah didapati.

RESIPI AYAM MASAK KICAP MUDAH
Oleh: Bandar Baru Bangi Community

Berikut adalah cara mudah dan simple resepi masak kicap untuk anda cuba:-

BAHAN A:

1 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih

BAHAN LAIN:

7 – 8 ketul ayam (dilumur garam & kunyit)
Kicap lemak manis
1/2 biji bawang besar holland (dipotong bulat)
1 tangkai cili merah (dihiris halus)

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing.
  2. Tumbuk bahan A dan tumis sehingga naik bau menggunakan minyak yang sama.
  3. Masukkan lobak merah yang telah dihiris halus dan tunggu sehingga masak.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng dan perasakan dengan kicap secukupnya.
  5. Masukkan bawang holland dan matikan api setelah masak.
Haa mudah bukan resipi ayam masak kicap ini?
Bahan-bahannya mudah didapatkan dan resipi juga tidak rumit untuk dicuba.
Untuk anda yang inginkan rasa yang lebih pedas sedikit, anda boleh tambahkan juga hirisan cili api ataupun lada merah di dalam masakan.
Walaupun resepinya mudah dan ringkas namun, ia boleh dijadikan sebagai menu utama ketika makan tengah hari mahupun makan malam.
Hidangan ini juga boleh dicuba dengan bahan lain seperti ikan dan juga telur untuk rasa yang lebih pelbagai supaya tidak jemu.