Select Page

Tak payah dah nak cari resepi takoyaki. Kita beli je! Hahaha mudah pun mudah dan boleh juga support perniagaan melayu.

Stall abang ni kat tapak peniaga Seksyen 4, sebelah Surau Al Kauthar dan setentang Petronas Seksyen 4. Dia jual takoyaki tapi menariknya dia ada jual takoyaki daging 😍

Actually dia takde la letak daging lembu seketul2 😂 Dia guna daging cincang yang di goreng terlebih dahulu. Bila makan, rasanya macam cara berlauk inti daging. Sedap resepi takoyaki dia 😍

Then dia guna bahan2 fresh tau untuk ayam, udang dan sotong dia. Sotong dia guna sotong putih atau sotong bunga. Ketam je dia guna crabstick. Selain daripada itu abang ni ada jual sosej thai dan lokching bakar.

Sementara tunggu pesanan aku siap, abang tu ajak aku duduk belakang gerai dia. Seronok tengok abang dan wife dia meniaga. Asal letak je habis 😍 Ramai customer dia. Dia pun ada buat delivery gak thru Foodpanda, Shopeefood dan Grabfood.

Kot korang teringin nak rasa takoyaki daging plak kan boleh la order ngan abang ni ye tanda support. Apa2 korang boleh wasap tuan Faris Ikah Atris dan isterinya ye.
www.wasap.my/60192620839/nakorder

ATRIS MR. TAKOYAKI
(Sebelah Surau Al-Kauthar)
Jalan 4/5, Seksyen 4 Bandar Baru Bangi,
43650 Bandar baru Bangi, Selangor

Google Maps:
https://maps.app.goo.gl/dak5SX4FMs9wz23W8

Waktu operasi:
Buka setiap hari kecuali Isnin
Dari pukul 12 tengah hari hingga 7.30 pm
Atau sehingga habis jualan