Kalau korang nak sarapan dekat sini, memang kena kuatkan iman.
Bukan setakat menu2 dia je yang pelbagai malah meja dan parkir kereta pun terhad 


Aku sengaja post hari ni Jumaat sebab gerai ni buka weekend je tau.
Asalnya Gerai Tepi Kebun ni dibuka untuk jiran2 setempat je.
Owner dia Puan Cida Rahim ni pun sebelum ni ada run bisnes catering. Tapi tak sangka la plak warung tepi kebun kecil ni boleh viral sampai orang dari pelbagai pelusuk tempat pun datang untuk mencuba menu2 sarapan kat sini 


Okay antara menu2 yang boleh korang cuba kat sini antaranya :









Lontong kuah lodeh sedap, pekat kuah dia.
Kuah kacang pun pekat dan tekstur kuah kacang dia kasar kasar.
Nasi impit pun lembut 


Tak tau la kalau hari lain macamana tapi masa aku pergi tu sambal tumis dia pedas lain maciam bhai.
Berdesing, bukan pedas manjah2 

Lontong darat aku tak sempat nak cuba. Nanti la aku repeat balik, tapi mau bergaduh cari parkir dulu ni haha 


Oh untuk air plak korang hanya bayar RM2.50 dan free flow. Dia ada sediakan air teh o, kopi o, air mineral dan minuman tin sejuk.
Bestnya kat sini sebab tepi kebun la. Santai2 sambil menghirup udara segar gituhh 

Aku diberitahu dorang takde buat delivery buat masa ni. So nak taknak korang memang kena datang sini untuk cuba. Datang awal pagi supaya tak berebut parkir dan meja makan 

Lokasi kedai:
Google Maps:
Waktu operasi:
Buka Sabtu dan Ahad SAHAJA
Dari pukul 8AM hingga 11.30AM
Memang sedap. Saya suka lontong ngab kuah kacang dia. Teh tarik sesap