Select Page

Actually dah lama aku spot warung nasi dagang tapi baru berkesempatan nak pegi weekend hari tu. Lokasi di Sungai Balak, Kajang betul2 setentang dengan Sekolah Rendah Agama Kg Sungai Balak, Kajang.

Kat sini memang ada menu2 masakan Terengganu je antaranya seperti :
• Nasi Dagang Ikan Aye (RM8)
• Nasi Lemak Ikan Aye (RM8)
• Nasi Minyak Ayam Masak Merah (RM8)
• Nasi Lemak Ikan Bilis (RM5)
• Laksam (RM7)
• Keropok Lekor (RM5)

Kat sini konsep ready-to-eat. Senang dan cepat. Harga dia agak hipster tapi berbaloi la dengan rasanya. Tekstur nasi dagang dan nasi lemak dia pun cantik. Kuah laksam pekat dan sedap cuma condiment dia tak banyak. Tak pasti ada sayur lain ke apa tapi macam yang aku dapat tu banyak taugeh. By the way Mee laksam dia lembut 😍

port buffet steamboat termurah

Ni aku cerita based on apa yang kami makan Sabtu hari tu la ye 😁

Parking terhad. Korang kena parking masuk ke dalam sikit okay kot. Warung bersih dan santai dengan vibes kampung. Details selebihnya aku share kat bawah ni ye 😁👇

Lokasi kedai:

Rantau Dagang
Jalan Simpang Balak,
Kampung Sungai Sekamat,
43000 Kajang, Selangor

 

Google Maps:

https://maps.google.com/?cid=10867405070289849704&entry=gps

 

Waktu operasi
Buka setia hari kecuali Jumaat
Dari 8AM hingga 1PM