Select Page

Semalam ada yang suggest aku port makan baru untuk try Nasi Lemak Paru dan Bubur Berlauk kat Food Garage. Lokasinya betul2 depan restoran mamak Res’1 TTDI Grove, Kajang. Tapi aku pegi semalam stall nasi lemak tutup dan nasi bubur berlauk takde 😭

Takpe la tu tandanya rezeki orang lain 😁

Kat situ ada banyak gak pilihan menu. Kawasan luas, meja banyak. Tak sangka ramai orang situ 😍

Antara menu yang aku try semalam :

• Maggi Kari Ayam
• Roti Bakar Telur Goyang
• Char Kuey Teow Udang
• Nasi Kukus Ayam Berempah
• ABC

Selain daripada tu ada lagi menu2 lain yang boleh korang cuba jugak seperti :

• Satay
• Kepak Ayam Madu
• Nasi Ayam Goreng Kunyit
• Yong Tau Foo
• Bakso
• Burger
• Nasi Ayam Kicap Ngosek
• Kacang Rebus
• Satar, keropok lekor
• Dan lain2 lagi

Parkir kosong banyak tapi jauh sikit la dari port makan dia. Kalau korang nak parkir depan2 agak terhad la sebab berkongsi crowd dengan customer Res’1 kan. Kot la korang nak lepak2 makan ngan family malam2 kan boleh try menu2 yang ada kat sana 😁

Lokasi Kedai:
Food Garage
Jalan TTDI Grove 2/1,
43000 Kajang,
Selangor

Google Maps
Waktu operasi:
Buka setiap hari kecuali Isnin
Dari 5PM hingga 12AM