Bini ajak makan dekat port ikan bakar tapi suami plak teruja tengok kolam memancing tepi restoran ni. Perghh menggigil bhai nak pegang joran
Jangan korang pakat berkhelah tepi kolam nanti sudahlah. Ah ghisau
Haa tu yang bestnya kat Restoran Aroma Ikan Bakar Putrajaya ni. Lokasinya bebetul sebelah kolam memancing ikan. Kiranya lepas korang habis memancing ngan kengkawan boleh la sambung makan ikan bakar plak kan. Setiap Jumaat malam ada pertandingan tau
Lokasi dia jauh sikit dari tempat tumpuan pengunjung, tempat luas, parkir banyak dan open air. Memang best kalau korang jadikan port lepak ngan family dan kawan2 kat situ lagi2 waktu malam. Berangin je
Kalau korang nak cari port ikan bakar yang tak sesak dan jammed, memang aku recommend korang datang ke sini je.
tips ke Petrosains ke KLCC dari Bangi
Kat sini ada pilihan set ikan bakar. Korang nak makan untuk berapa orang? 2, 4, 6 ke 8 orang? Semua dorang boleh buatkan. Macam yang aku makan ni ;
Best vibe kat sini, tenang je. Untuk ke restoran ni korang kena drive slow sikit dan kena naik divider tepi jalan tu tau. Apa2 korang wasap je tuan Che Irwan Ismail ye untuk sebarang pertanyaan dan tempahan
www.wasap.my/+60183784870/nakbooking
Lokasi kedai:
Aroma ikan Bakar -K3P
Persiaran Selatan Kolam Pancing Panjang Putrajaya,
Desa Pinggiran Putra,
43650 Sepang, Selangor