Hari ni aku nak share ngan korang satu lagi port ikan bakar yang aku jumpa di Putrajaya iaitu De Rumbia Aroma Ikan Bakar. Lokasinya di Presint 15 Putrajaya.
Menariknya hidangan kat sini bermula seawal 11AM tau. Korang just pilih je ikan2 yang dah siap dibakar dalam piring tu. Ada pelbagai jenis yang boleh korang cuba seperti :
Bukan setakat ikan bakar je malah kat sini pun ada lauk pauk masakan Melayu. Ulam ulam pun banyak. Pendek kata kalau lunch kat sini boleh rambang mata la haha
Kalau sebelah pagi plak dorang ada menghidangkan menu breakfast 7AM sehingga 11AM.
Antara menu brekfast yang boleh korang cuba adalah :
Untuk makan tengah hari pulak, boleh datang start pukul 11AM sehingga 4PM dan sebelah malam plak (4PM – 11PM) aku diberitahu ada menu masakan panas dan western.
Lokasi Kedai:
De’ Rumbia Aroma Ikan Bakar Putrajaya
Jalan Diplomatik 3/1,
Presint 15, Putrajaya