Select Page

Ada yang tanya aku kat mana nak cari port cendol padu atau bingsu sedap area Bangi ni. Bangi aku tak pasti, tapi kalau Kajang memang aku suruh korang ke foodcourt Bangi Square 2 je la sebab kat situ ada kiosk Cendolurve 😍

Actually kat situ bukan tipikal cendol2 yang biasa korang jumpa ye. Kat situ aku panggil cendol hipster haha. Macam bingsu pun ada sebab ais yang di guna tu halus2 teksturnya. Okay antara menu yang aku dah try kat situ haritu seperti :

👉 Original Honey Sea Coconut (RM14.90)
👉 Fruity Strawberry (RM15.90)
👉 Milky Chocolate (RM13.90)
👉 Banana Split Nachos (RM14.90)
👉 Rojak Keliboat 9! (RM8.90)

Kalau korang sukakan rasa masam2, korang amik Fruity Strawberry. Tapi aku suka Milky Chocolate sebab coklat dia sedap. Kalau korang sukakan rasa asli dan light2 je, boleh cuba Original Honey Sea Coconut. Rasanya pun tak manis sangat 😍

Setiap menu2 tu dia guna buah buahan fresh tau even Cendol Musang King pun dia guna isi durian musang king 😍 By the way jangan order banyak2 sebab portion dia besar. Satu menu tu pun aku makan berdua 😅

Dorang ada gak buat delivery tapi rupa cendol padu korang tu nanti takde la sama macamana korang dine in kat sana kan haha. Apa2 korang boleh order ngan tuan Eday Zakaria di bawah ni ye 😁👇

https://easyeat.ai/r/cendolurve/

Cendolurve @ Bangi Square 2,
Lorong Cinta Alam A, Country Heights, 43000 Kajang, Selangor
( Pinpoint : Sebelah SMKA Maahad Hamidiah/ setentang jalan foodcourt Food Valet)

Google Maps
https://maps.app.goo.gl/eNFF2jvVq9sUmXs68

Waktu operasi
Buka setiap hari
Dari 12TGH hingga 11.30PM