Select Page

Asalnya nak beli Laksa Sarang, tup2 boleh plak terbeli Tomyam Goong ni haha 😂

Lokasi di Flea Market Bangi Gateaway.

Kuah padu, portion banyak dan affordable. Portion dia pada aku sesuai untuk 2 orang makan. Even bahan2 dia habis kami makan, kami still boleh bawa balik kuah tomyam kosong tu.

Sayang sebab kuah dia sedap. Ayam dan udang pun ada kat rumah tu, boleh masak balik guna baki kuah yang ada 😍

Kuah dia pedas tau. Kalau korang penggemar tomyam yang pedas2, boleh try sini. Kuah tu sendiri dah pedas, dia letak lagi cili api. Pergh terangkat bhai 😂

Tapi kalau korang tak tahan pedas, boleh je skip cili api tu.

Ada beberapa pilihan menu yang boleh korang cuba :
• Tomyam Ayam (RM9)
• Tomyam Daging (RM9)
• Tomyam Sotong (RM12)
• Tomyam Udang (RM12)
• Tomyam Seafood (RM15)

Setiap menu didatangkan sekali ngan pilihan Nasi, Meehun, Kuey Teow dan Maggi. Kalau nak beli Tomyam je boleh ke? Boleh je tapi harga dia tetap sama je la 😁

Yang Tomyam Seafood tu actually pada aku Tomyam Campur sebab dia ada masukkan sekali ayam. Bukan seafood semata2 😁

Korang boleh tengok gambar yang aku share tu, kalau tomyam ayam ada lebih kurang 8-10 ketul ayam potong dadu besar macam tu. Udang plak dalam 3-4 ekor mengikut saiz (macam aku dapat tu 4 ekor). Sotong dia guna sotong gelang.

Sedap dan recommended. Berbaloi kalau nak repeat lagi. Kena ngan selera kami. Korang cuba dulu mana tau kena ngan tekak korang gak kan 😍

nasi lemak wak kentut metro kajang

Apa2 korang boleh wasap kak Nor Azliza ye untuk tempahan atau pertanyaan

Lokasi kedai:

Tomyam Goong
Flea Market De Bangi Gateaway
Seksyen 15, Bandar Batu Bangi
43650 Selangor

 

Google Maps:

Waktu operasi:

Buka setiap hari kecuali Isnin
Dari pukul 5PM hingga 11PM