Select Page

Dah plan ke nak makan apa malam ni? Ada plan nak makan Bakso?

Kalau belum, apa kata korang try plak menu2 kat Warung Lemang Kak Lin Teras Jernang ni 😍

Actually ada macam2 menu santai yang boleh korang cuba kat sini antaranya :

👉 Bakso

👉 Nasi Lemak Biasa

👉 Nasi Lemak Ayam Goreng

👉 Grilled Chicken Chop

👉 Chicken Chop

👉 Set Lemang & Rendang Daging

👉 Mee/Bihun/Kuey Teow Sup

👉 Air Tebu

Kalau korang nak makan sambil santai2 menikmati udara malam, memang nice la tempat ni 😍

Warung kampung je, port tepi jalan sebelum traffic light simpang 3 masuk ke Teras Jernang (sebelah kiri menghala ke UKM). Kalau dari UKM, warung ni terletak sebelah kanan jalan.

Port Makan Belut sedap di Bangi

Bakso dia sedap, ada banyak meatball. Besar dia letak fucuk tauhu goreng 😍 Dia guna soohoon, bukan mihun tau. Dalam banyak2 bakso yang aku cuba sebelum ni, aku rasa soohoon kat sini paling banyak weh aku makan. Campuran kicap dan sos kuah dia pun dah cukup, inikan plak tambah sambal special dia. Perghh layan habis. Portion pun banyak 😍

Then sambal Nasi Ayam Dara Penyet dia syahdu. Ayam pun lembut je weh, makan plak ngan sambal ayam penyet dia yang pedas2 tu. Memang kena mintak lebih 😍👍

Makan punya makan, sua plak ngan air tebu fresh kan. Perghh surr sungguh la 🤤

Eh kalau korang nak minum air lain pun ada gak. Anak2 nak makan Chicken Chop dan Chicken Grilled pun ada. Sos black pepper dia pun tak pedas sangat. Nak bagitau ayam dia digoreng panas2 based on order tau 😍👍

Dah sampai sini, tak sah kalau korang tak try dia punya set lemang dan rendang daging. Actually asalnya ni menu utama dorang lebih2 lagi time raya. Lemang lembut pekena plak rendang daging dia yang lembut dan pedas. Mantab pak abuu 😍👍

Dia ada buat delivery Grabfood dan Shopee Delivery gak. So kalau korang nak order boleh, nak dine in pun boleh. Parkir dan tempat terhad sikit la.

Apa2 korang boleh wasap puan Daliana Zainudin ye 😁👇

Whatsapp: http://www.wasap.my/+60173535245/nakorder

Lokasi: Lemang teras jernang Kak Lin 1117, Jln Bangi, Kampung Teras Jernang, 43000 Kajang, Selangor.

Waze : https://waze.com/ul/hw282ee41s

Waktu operasi: Pukul 11 pagi hingga 10 malam setiap hari kecuali Isnin.

#BotakMakan #foodreview #kitasupportkita