Ada yang tanya aku mana port asam pedas sedap kat Bangi-Kajang ni?
Sedap atau tak tu depends pada tekak masing2 tapi setau aku ada beberapa port asam pedas yang boleh aku share ngan korang.
ikan segar pasar segar pak aji
• Asam Pedas Claypot Melaka 1911, Sg Ramal Baru
• Kafe Asam Pedas 69, Taman Kajang Utama
• NZ Asam Pedas Mak Yah, Sg Tangkas
• Asam Pedas Tok Uban, SS4 Tambahan Bangi
• Lubuk Asam Pedas Claypot & Patin Tempoyak, Saujana Impian Kajang
• Restoran Warisan Pak Lang & Mak Lang, Taman Kajang Raya
• Medan Selera Peladang, Beranang (nasi berlauk)
• Kedai Makan Cantik, SS15 Bangi (nasi berlauk)
• Asam Pedas Tajria Cafe, SS8 Bangi
Kalau korang nak tau asam pedas yang aku makan ni kat Lubuk Asam Pedas Claypot & Patin Tempoyak, Saujana Impian Kajang.
Bezanya kat sini korang boleh pilih nak kuah asam pedas macamana. Kalau tak silap aku ada 13 jenis kuah asam pedas kat sini tau. Asam pedas untuk kanak2 pun ada
4 tips cari tudung sarung budak murah tapi berkualiti
Apa2 korang boleh order delivery thru Foodpanda, Grabfood dan Lalamove kalau tak silap aku. So untuk sebarang pesanan korang boleh wasap puan Azua Saffaa ye 

Lokasi kedai:
Lubuk Asam Pedas Claypot
No.2 Jalan Impian Murni 1/4,
Saujana Impian 43000 Kajang,
Selangor
Google Maps
Waktu operasi
ISNIN – SABTU (12TGH- 11PM)
AHAD CUTI
Kalau korang ada port asam pedas lain kat area Bangi-Kajang boleh share ngan aku 
