Anak minat mewarna? Tapi tak tau nak join program apa?
Haa, jangan risauu. Jom sertai pertandingan mewarna bersempena program Kenduri Kopi Bangi 2.0 yang akan berlangsung pada 27, 28 & 29 Mei 2022 ini. Berminat untuk turut serta?
Jom baca maklumat di bawah.
Pengenalan
Pertandingan mewarna akan diadakan bagi setiap lapisan masyarakat mengikut kategori iaitu 4-8 tahun, 9-12 tahun dan kategori tiada had umur. So, sesiapa je boleh sertai. Jom sama-sama memeriahkan program nii!
Pertandingan yang bertemakan kopi ini akan diadakan sepenuhnya secara dalam talian. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kepentingan berkenaan kopi serta memberi peluang kepada setiap individu untuk mengekpresikan karya dan bakat seni melalui pertandingan mewarna yang dianjurkan oleh pihak Bandar Baru Bangi Community (BBBC) dengan kerjasama pihak Flea Market, Bangi Gateway.
kenduri kopi bangi kembali lagi
Syarat & Peraturan
1) Peserta hendaklah memuat turun lukisan tersebut bersaiz A4 dan mewarnakannya.
2) Penggunaan pensel warna sahaja dibenarkan.
3) Peserta diminta untuk mengimbas (scan) atau mengambil gambar (snap) hasil karya dan email kepada kami di bandarbarubangicommunity@gmail.com beserta Nama dan No Tel.
4) Satu gambar bukti gambar peserta serta hasil karya juga perlu dihantar dan diupload di group ini menggunakan hashtag #mewarnaBBBC dan #mewarnaKenduriKopi2.0
Muat Turun Lakaran Lukisan Mengikut Kategori:
Kategori 1 (4-8 tahun) :
https://drive.google.com/file/d/1GjP0R7-PbYQx6Ze6EVKxl5p1lvk6Qpxv/view?usp=sharing
Kategori 2 (9-12 tahun) :
https://drive.google.com/file/d/14VK24LtMCMTVGchjL2Bmpge-atkjm3Zo/view?usp=sharing
Kategori 3 (tiada had umur) :
https://drive.google.com/file/d/1OsNpwTGPAuoK9bmmGl1q7etdkKMvf023/view?usp=sharing
Tempoh Pertandingan
- Tarikh mula pertandingan: 20 – 27 Mei 2022
- Tarikh tutup pertandingan: 27 Mei 2022
- Tarikh pengumuman pemenang: 29 Mei 2022
Jom sertai beramai ramai, jangan lupa tag kawan korang yang berpotensi untuk menang tu