Select Page

Hari ni aku nak share tentang perodua Aruz. Aku tak nak cerita sangat pasal spec sebab korang sendiri lebih mahir. Aku nak kongsikan pengalaman memandu kenderaan SUV tempatan ni hari tu.

Perodua Aruz 1.5 AV ni disewa daripada tuan Hazril Hafiz memandangkan aku memang kenal dia menjalankan perkhidmatan kereta sewa area Bangi/Kajang/Lembah Klang.

perodua aruz

ujian penilaian kelas kafa online

KADAR SEWA IKUT JAM

Aku sewa sehari je sebab nak bawa mak abah aku ke Melaka untuk urusan keluarga. Kalau sewa kereta ngan dia, dia tak kira mileage dan tempoh sewa adalah selama 24 jam ye.

Ikut korang la nak pegi mana janji cukup 24 jam pulangkan balik kereta kepadanya dengan selamat.

Untuk kami berlima dengan saiz besar2 ni, perodua Aruz dah cukup buat kami. Pada aku 5 orang dah cukup selesa. Ruangan seat sebelah pemandu dan seat tengah memang luas.

perodua aruz

7 cara menangani stress

Cuma seat paling belakang agak sempit untuk Jasmeen. Tapi bila dia duduk sorang2 okay lah, boleh melunjur kakinya ke tepi.

Bonnet belakang memang kecil, boleh letak barang kat seat sebelah Jasmeen. Aircond di bahagian sebelah pemandu dan bahagian atas seat penumpang. Ada USB port pada seat paling belakang dan sebelah seat pemandu.

perodua aruz

8 penyebab utama cepat penat

Ada banyak penyangkut barang pada kerusi Perodua Aruz 1.5 AV ni dah siap dengan kamera dashcam depan dan belakang dan sistem smart tag pada sisi bawah tepi steering (built in).

Seat boleh adjust ketinggian, ada button untuk adjust recieve call dan audio. Bila hari gelap, lampu depan auto menyala sendiri tau.

perodua aruz

dobi dry clean lily laundry paling mantap!

Bila kereta terlalu rapat dengan kereta depan, Aruz secara automatik akan memberhentikan kenderaan. Kereta2 sewanya pun dah di pasang penjejak (tracker) untuk mengesan lokasi sekiranya kenderaan tersebut dicuri atau mengalami kemalangan/kerosakan sewaktu dalam perjalanan.

PENGGUNAAN PETROL YANG JIMAT

Untuk penggunaan petrol pula, aku rasa Perodua Aruz 1.5 AV ni memang jimat. Dengan mengisi RM50 sahaja, kereta ini telah bawa kami sejauh 336KM sebelum lampu minyak bertukar menjadi kuning kembali. Memang save betul 😍

perodua aruz

doa dihindari masalah yang senang dihafal

Actually kalau korang google ada banyak lagi kelebihan Perodua Aruz ni. Apa yang aku kongsikan ni pengalaman aku selama sehari je.

Mana la tau korang nak sewa kereta ke kan, nak pergi bercuti ke, nak balik kampung untuk beraya nanti ke boleh la deal ngan tuan Hazril Hafiz ni ye. Aku sewa Perodua Aruz 1.5 AV RM350/sehari.

Actually dia ada banyak lagi kereta yang boleh korang pilih ikut kapasiti dan bajet korang.

Apa2 korang boleh wasap tuan Hazril Hafiz Apih Bangi ye untuk sebarang pertanyaan atau tempahan kereta 😁👇

#LensaBotak