Select Page

Pencarian vendor Kenduri Kopi Bangi 2.0 kini masih dibuka!

Ramai juga yang tanya apa itu kenduri kopi bangi?

Ada tuan rumah yang buat kenduri kah? Atau ada rewang kenduri yang bakal diadakan sambil ditemani kopi sebagai penghilang dahaga?

Hahaha macam macam persepsi dan sangkaan yang diberikan.

 

Apa Itu Kenduri Kopi Bangi?

Sebenarnya, KENDURI KOPI BANGI adalah program 3 hari yang dianjurkan oleh BBBC bagi peminat kopi di Bangi khususnya untuk mengumpulkan peminat dan peniaga di satu tempat.

KENDURI KOPI BANGI musim yang pertama telah berjaya diadakan pada 17, 18 dan 19 Disember 2021 yang lepas. Kini, pihak BBBC ingin kembali beraksi menyediakan program khas ini pada 27,28 dan 29 Mei 2022 ini dengan aktiviti yang lebih menarik buat para pengunjung dan vendor.

Pelbagai acara dan aktiviti menarik telah dirancang dan di susun atur Flea Market Bangi Gateway antaranya termasuklah kopi karoeke, pertandingan mewarna, pertandingan hiasan kopi (coffee art), kopi fun run dan sembang kopi.

 

Pencarian Vendor

Buat peniaga kopi tempatan yang masih berhasrat untuk terlibat sebagai salah satu vendor dalam program Kenduri Kopi Bangi 2.0 ini boleh segera membuat pendaftaran melalui platform whatsapp seperti yang tertera di bawah ini.

https://wasap.my/601157852050

Dianggarkan seramai 8 000  sehingga 10 000 pengunjung akan menghadiri program ini pada setiap hari. Pengunjung yang hadir tidak terhad kepada penduduk di sekitar Bangi sahaja, malah ada juga yang bergerak dari Melaka dan juga Negeri Sembilan.

Jadi, tunggu apa lagi?

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan program dengan menjadi salah seorang vendor kami.

Anda berpeluang untuk mendapatkan kelebihan di bawah jika mendaftar sebagai salah seorang vendor kami.

  • khemah 8 x8 di tapak Flea Market
  • boleh buat jualan selama 3 hari di tapak progaram dari jam 4 petang sehingga 11 malam
  • mendapat promosi gerai dan jenama kopi yang dijual secara percuma
  • hebahan di media sosial BBBC
  • power point
  • mendapat slot artikel percuma mengenai kedai dan perniagaan anda pada laman web www.bandarbarubangicomuunity.com

Bukan itu sahaja.

Anda juga berpeluang mendapat dan mengembangkan kenalan baru terutamanya dalam dunia perniagaan seperti yang diperoleh para vendor pada musim yang lepas (Kenduri Kopi Bangi 1.0). Hal ini berikutan, terdapat beberapa pengunjung yang berminat untuk menjadi salah seorang agen dan stokis kepada jenama vendor yang telah terlibat.

Jadi peniaga kopi sekalian, ayuh!

Kembangkan perniagaan, rancang strategi perniagaan anda dan daftar segera dengan kami sementara slot masih ada!

Untuk sebarang info terkini mengenai Kenduri Kopi Bangi, boleh rujuk pada link di bawah ye.

https://wasap.my/601157852050

Anda juga mungkin meminati: Cara Nak Pergi ke Kenduri Kopi Bangi