Select Page

Last time aku datang sini nama dorang still Kamoc lagi. Tak ramai yang tau kat situ jual menu western. Time tu dorang buat untuk take away je. Then semalam aku datang balik sebab puan isteri ajak repeat, aku tengok dorang dah buka cafe weh. Serius aku impressed 😍

Siap boleh dine plak tu! Cantik dorang renovate cafe ni. Nampak kemas, selesa dan yang paling penting bersih. Aku suka interior luar dia. Backdrop karpet rumput pada dinding tu naikkan seri cafe tu. Then kat luar tu plak ada tv huhu 😍

By the way kalau kat dalam tu of course la berhawa dingin. Kalau korang bawa baby tu better korang makan kat bahagian dalam je 😁👍

By the way semalam aku try menu2 baru dorang. Sebelum ni aku try menu2 lain. Antara menu yang aku order semalam adalah :

👉 Signature C&G Burger

👉 Mixed Grilled Platter

👉 Chocolate Frappucino

👉 Rasberry Mojito

👉 Cheesy Fries

For those yang sukakan burger, korang kena cuba set Signature C&G Burger. Set ni didatangkan sekali bersama fries dan blackpepper sauce. Tebal dan padat ye dia punya patty. Aku rasa kenyang makan patty dia je 😂 Bahagian dalam dia pun dipanggang cantik, tak terlalu kering dan tak terlalu keras. By the way dia menggunakan 100% home made Australian beef patties tau 😍

Korang biasa tak masa suruh pilih menu, korang tak tau nak pilih apa? Then makin stress bila semua kawan2 ko dah order, tapi tunggu ko punya turn je haha. Benda biasa tu? Klu korang stress tak tau nak makan apa (sebab nak try semua jenis) apa kata korang amik set Mixed Grilled Platter ni. Set di ada 1 slice grilled chicken, 1 slice grilled lamb, pasta, corn, salad dan blackpepper sauce. Complete 😍👍

Menariknya set Mixed Grilled Platter ni dia punya grilled chicken tebal dan besar. Marinated sauce dia pun sedap. Same as well lamb grilled dia. Lembut lamb dia, nak slice pun senang. Tapi aku rasa marinated sauce kedua2nya berlainan. Walaupun kedua2nya unik tapi sauce pada lamb lebih syahdu 😍 Then rasanya tak pedas tau so kanak2 boleh la makan 😁👍

By the way menu western lain yang aku recommend untuk korang cuba adalah Lamb Shank in Tomato Stew. Sebab aku pernah try 1st round sebelum ni, so semalam takde la aku order. Lamb Shank dia lembut, boleh carik2 macamtu je dari tulang. Tomato stew dia pun tak rasa masam sangat. Memang blend cantik la kalau makan bersama Lamb Shank tu 😍👍

Walaupun Chill & Grill Cafe ni fokus on menu2 western, dorang still ada menu2 lain seperti desserts dan pelbagai jenis kopi. Kalau korang tak nak pekena menu2 berat, nak santai2 je boleh la pekena coffee ngan kek. Bukan setakat hot and cold coffee je, frappe pun ada tau 😍

Korang try la dia punya Mango Freeze Cheesecake. Mango Cheesecake dia tu dihidang sejuk2 dari dalam chiller. Memula aku cuba, aku ingatkan aiskrim. Rupa2nya cheese haha. Sejuk kemain 😂😍👍

So kalau korang nak book meja atau order delivery, boleh wasap nombor di bawah ni ye 😁👇wasap.my/+601129700118/nakbooking

Lokasi:
Chill & Grill Cafe,
No 46A, Jalan 3/70,
Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor.

Waze :
https://waze.com/ul/hw282eytt9

Google Maps :
https://maps.app.goo.gl/sU2xo6rHAmGtJM1t6

Waktu operasi:
Buka setiap hari kecuali hari Isnin
Selasa – Khamis (12noon – 10pm)
Jumaat (3pm – 12pm)
Sabtu – Ahad (12noon – 12am)

#BotakMakan #foodreview #kitasupportkita