‘Bang ada kunafa sedap dekat Bangi. Cuba abang try iZgara Cuisine kat Bangi Seksyen 15 plak’
Sebab korang request so baru2 ni aku bawa lah famili singgah makan kat sana. Tak sangka plak restoran ni ada menyajikan pelbagai jenis menu. Serius unsangkarable
Yup aku tau highlight menu dorang makanan2 arab tapi personally aku impressed sebab dia punya Khabsa Lamb Shank Kuzi lembut dan sedap giler
Kuah kuzi dia pekat dan besar gak saiz lamb shank dia tu. Aku sempat gigit sikit je selebihnya Jasmeen dan sepupu dia yang habiskan
Bukan tu sahaja kalau korang try dia punya Meny Lamb Haneez kan, korang boleh strip terus daging dari tulang dia macam tu je.
Not only kambing2 dia je malah aku rasa semua jenis menu kambing dan ayam dia kot
port ikan bakar Presint 15 Putrajaya
Kat situ bukan ada menu2 arab je ye, menu2 western, local cuisine dan desserts pun ada. Kiranya banyak la option korang kalau datang makan kat sini. Menu untuk orang tua dan kids pun banyak. Antara menu2 yang boleh korang cuba kat sini seperti :
food garage, TTDI Grove Kajang
Pada aku harga dia setanding ngan portion yang dorang hidang. Single menu tu macam 2 orang makan
Then semua makanan2 dia sedap dan bersih. Kalau nak buat event kat sini pun sesuai sebab tempat dia selain weekend tak ramai sangat orang. Ada ruang berhawa dingin dan open air. Berbaloi untuk aku akan repeat lagi kat sini dan mak abah aku pun suka
burger underrated Kipmall Bangi
Dorang ada buat delivery thru Foodpanda dan Grabfood. So kalau korang nak buat sebarang tempahan boleh la wasap no kat bawah ni ye