Select Page

Korang pernah pekena ikan bakar Madhani kat Teras Jernang ni?

Caranya agak unik. Dia tak bakar direct atas pemanggang. Ikannya dibalut di dalam daun pisang dan aluminium foil terlebih dahulu bersama pes ikan bakar. Kemudian baru dipanggang di atas pan selama 20 minit.

Tekstur pes ikan bakar tu tak kering dan sedikit berkuah. Rasa pes tu meresap masuk ke dalam ikan tu sebab terperap di dalam aluminium foil. Pes ikan bakar dia pun boleh tahan pedas 😅

makanan jepun halal 100% muslim

Selain pekena ikan bakar, kat sini ada pelbagai menu2 rare tau haha. Maksud aku menu2 yang payah nak jumpa kat tempat lain seperti lidah lembu, belut fresh, sup ekor, kerang tahu dan banyak lagi.

Boleh aku katakan menu2 kat sini antara yang paling sedap pernah aku cuba (kena ngan selera kami) lebih2 lagi dia punya ikan Siakap Madhani. Korang kena try order menu ni tau. Setiap kali kami ke sini memang tak pernah miss order menu ni. Memang puas hati dan kompom repeat 😍 (aku ada sertakan gambar di bawah)

8 cara terbaik mencari inspirasi deko rumah

So kalau korang teringin nak makan ikan bakar dan pada masa yang sama nak makan Tomyam serta masakan panas yang lain, boleh cuba try kat Madhani Tomyam ni ye. Mana tau kena ngan tekak korang gak 😁👍

Lokasi kedai:

Madhani Tomyam
Lot 6304, Jalan Besar Teras Jernang, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor

Google Maps:
https://maps.app.goo.gl/Zzj1FrsXXERpvxBBA

Waktu Operasi:

Buka setiap hari kecuali Isnin
Dari pukul 4PM hingga 12AM