Select Page

Dekat Rumah Kopi Purnama ni, aku sebenarnya tak letak high expectation pun.

Sebabnya aku tau biasanya kedai kopi macam ni dorang punya highlight pada kopi2 sahaja. Kebiasaan menu2 sampingan macam ni sekadar cukupkan syarat je.

rumah kopi purnama

cawangan baru farmgrill di sungai besi

Walaupun hanya ada 3 jenis, pasta2 kat sini betul2 over my expectation. Mungkin agak keterlaluan tapi personally aku dan wife setuju bagi rate 10/10🌟 untuk pasta2 dorang ni 😍👍(apa yang kami dapat hari tu)

cabaran usahawan wanita hari ini

Actually aku tempting ngan menu2 bekpes dorang. Tapi sebab aku datang malam, so yang ada hanya pasta, croffles dan kopi2 je. Kat sini ada 3 jenis pasta yang korang boleh cuba :

👉 Creamy Butter Pasta With Chicken Popcorn (RM15)
👉 Rose Pasta With Shrimp (RM18)
👉 Cili Padi Pasta With Streaky Beef (RM17)

pasta rumah kopi purnama

Aku vote Creamy Butter Pasta dia walaupun menu ni lebih mesra kanak2. Tekstur pasta cantik, creamy dan pekat kuahnya. Level pekat dia tu tak buatkan chicken popcorn dia jadi moist 😍

kerap lapar dan punca cepat lapar

Portion pun banyak. Wife aku suka Cili Padi Pasta sebab ada hirisan cili api dan lebih pedas. Tekstur pasta kat kering dan moist2 gitu. Kalau korang tak nak pedas sangat boleh la try Rose Pasta With Shrimp sebab dia guna tomato. By the way harga dorang pun tak overprice 😍👍

3 panduan kiraan minggu kehamilan

Overall good job untuk chef dan team Rumah Kopi Purnama. 1st time aku review side menu sampai overshadow main menu dorang iaitu kopi dan croffles haha 😂

Eh kopi dan croffles dorang pun sedap tau 😍👍

Menu2 sedap 😍

3 tahap perubahan emosi ibu mengandung

Korang boleh parking sepanjang blok kedai tu atau ruang parking belakang Hotel KK Mart tu (lalu tepi foodcourt) – setentang Sek Rendah Agama Sg Kantan.

Lokasi Kedai
Rumah Kopi Purnama

Google Maps
https://maps.app.goo.gl/UMXVAVnjRPwbU8dj9
P/s : Aku attached sekali senarai menu dan harga pada gambar ye 😁

Waktu Operasi
4PM hingga 12AM.
Buka setiap hari kecuali Selasa